Iklan Jawatan Kosong (Pelatih Eksekutif) di SERU, HEP Inbox - TopicsExpress



          

Iklan Jawatan Kosong (Pelatih Eksekutif) di SERU, HEP Inbox x amrah_seru 8:33 AM (1 hour ago) to uminfo, uminfo, samsinah, IRMADIANA Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.. Student Empowerment & Research Unit (SERU), Bahagian Hal Ehwal Pelajar berbesar hati menjemput WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai PELATIH EKSEKUTIF. Berikut merupakan maklumat berkaitan: MAKLUMAT AM DAN CARA MEMOHON SYARAT LANTIKAN : (a) Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya dengan CGPA sekurang- kurangnya 2.70. (b) MUET Band 4. (b) Proaktif dan bermotivasi serta mampu bekerja dengan pengawasan minima. (c) Memiliki kemahiran komunikasi yang baik serta fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (Penulisan & Percakapan) (d) Memiliki kemahiran IT terutamanya menggunakan pakej perisian MS Office dan SPSS. SKOP KERJA: Membantu SERU dalam melaksanakan program-program khas anjurannya dan tugas-tugas pentadbiran. Membantu SERU membuat persediaan dan menyelaras semua mesyuarat, majlis, program dan aktivitinya termasuk takwim aktiviti SERU. Bertindak sebagai ‘front line’ unit untuk berurusan dengan pelajar dan pihak luar. Bertindak sebagai urusetia bagi semua majlis, program dan aktiviti SERU. Membantu menjalankan kerja-kerja penyelidikan dari semasa ke semasa. Membantu mana-mana staf SERU yang memerlukan bantuan. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua dan pegawai SERU. TARAF JAWATAN: KONTRAK (6 BULAN) CARA MEMOHON : (1) Permohonan hendaklah dikemukakan bersama curriculum vitae lengkap beserta salinan sijil melalui emel kepada [email protected] dan salinan hardcopy boleh dihantar ke alamat berikut: Student Empowerment & Research Unit (SERU) Bahagian Hal Ehwal Pelajar Aras 1, Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. (2) Calon yang dipanggil temuduga dikehendaki mengemukakan dokumen berikut semasa menghadiri temuduga; (a) curriculum vitae (b) dokumen / sijil asal (3) Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Julai 2013 (Selasa). CATATAN AM : (a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. (b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 minggu dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya. (c) Calon yang terpilih akan menerima bayaran honorarium sebanyak RM1,500.00 sebulan. (d) Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi nama yang tertera di bawah di talian 03-7967 7057. Terima kasih. Amrah Yahya Pengurus SERU
Posted on: Thu, 18 Jul 2013 02:24:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015