Impian pensyarah tercapai 2013/06/21 - 06:56:05 AM Cetak Emel - TopicsExpress



          

Impian pensyarah tercapai 2013/06/21 - 06:56:05 AM Cetak Emel Kawan Impian pensyarah tercapai Anita (kanan) tiba di KLIA selepas merentasi lima negara di Asia Tengah dengan menunggang motosikal, semalam. Sepang: Pensyarah berusia 46 tahun yang juga ibu kepada dua anak, mencapai impian selepas berjaya merentasi lima negara di Asia Tengah dalam tempoh tiga minggu hanya dengan menunggang motosikal 150 kuasa kuda (cc). Bagi Anita Yusof, misi yang mungkin dianggap mustahil oleh sesetengah pihak itu sudah lama diimpikannya dan menjadi kenyataan apabila berjaya merentasi Tajikistan, Kyrgyzstan, Afghanistan, Uzbekistan dan Kazakhstan. Beliau ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Uzbekistan Rabu lalu selepas menamatkan pengembaraannya hanya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Fz 150 yang dinamakan ‘dream’ atau ‘mimpi.’ Taruh harapan Anita berkata, beliau merancang pengembaraan tiga minggu itu kira-kira enam bulan lalu dan berpengalaman menunggang motosikal di negara lain sekitar Asia Tenggara sebelum menuju ke Uzbekistan. Katanya, beliau sudah lama menaruh harapan mahu menunggang motosikal merentas negara asing selepas melihat gambar yang diambil rakannya di beberapa negara Asia Tengah, yang tidak mempunyai pengangkutan awam dan bergantung sepenuhnya kepada kenderaan sendiri. Beliau juga mengakui pengembaraan solo itu bukan sesuatu yang mudah, malah ia tambah mencabar kerana terpaksa merentasi laluan di 12 lerenggan gunung membabitkan purata kira-kira 150 kilometer (km) perjalanan setiap hari di jalan yang disifatkan antara paling berbahaya di dunia. bharian.my/bharian/articles/Impianpensyarahtercapai/Article/index_html
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 03:27:27 +0000

Trending Topics



br>

Recently Viewed Topics




© 2015