Implikasinya ialah gender lahir melalui seksualiti dengan setiap - TopicsExpress



          

Implikasinya ialah gender lahir melalui seksualiti dengan setiap jantina mempunyai seksualiti yang tersendiri. Tetapi, kita perlu bertanya sama ada gender dan seksualiti patut dilihat secara berasingan? Dalam pengertian masa sekarang, dengan adanya pelbagai orientasi seksual (termasuk heteroseksual, homoseksual, lesbian, fedofilia, sadomasochisme dan bestialiti), identiti seksual orang sudah tidak lagi dilihat mengikut jantinanya, tetapi dari segi pencapaian identitinya. Di penghujung abad ke-20 dan era milenium yang baru, identiti seksual adalah penyataan konsep kendiri, lokasi sosial dan komitmen yang bersifat politik. Mungkin tidak ramai orang secara terbuka akan berkata dia adalah seorang heteroseksual kerana orientasi seks tersebut dianggap sebagai norma masyarakat. Tetapi, bila mengaku dirinya homoseksual, lesbian atau transvestit, maka dia telah membuat penyataan mengenai konsep kendirinya, golongan kumpulannya yang bertentangan dengan kod seksual yang lebih dominan atau yang lazimnya dianggap normal. Dalam bahasa Inggeris, pengakuan tersebut dipanggil coming out, iaitu suatu pergerakan golongan homoseksual yang menjadikannya sebagai pergerakan yang bersifat politik. Dari segi jantina, kita dikategorikan sebagai lelaki atau wanita. Tetapi, dari segi identiti seksual, manifestasi identiti seksual ini mungkin tersembunyi. Memang ada stereotaip yang wujud dalam penglabelan orang sebagai homoseksual. Misalnya, homoseksual lelaki dikatakan menunjukkan banyak ciri feminin, manakala lesbian dikatakan banyak menunjukkan ciri maskulin. Kesemua ini adalah pandangan stereotaip, kerana ramai lelaki homoseksual tidak menunjukkan perlakuan feminin. Berlainan dengan golongan transvetit yang dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan, tetapi memiliki naluri yang bertentangan dengan ciri-ciri fizikalnya. Manifestasi femininiti atau maskuliniti untuk transvestit ini boleh dilihat secara fizikal pada mereka yang cuba sedaya upaya untuk memenuhi citarasa naluri mereka. Dalam kalangan transvestit, ada yang berusaha untuk menukar identiti dengan menjalankan pembedahan penukaran jantina bagi menjadikan mereka transeksual. Transvestit tidak sama kategorinya dengan crossdresser, iaitu lelaki yang berminat untuk memakai pakaian wanita untuk memenuhi nafsu seks. Kesemua identiti ini dikira tidak normal dari segi agama Islam dan budaya Melayu. Namun, kewujudan “lelaki lembut” dalam masyarakat kita menunjukkan wujudnya kegelinciran antara kod formal agama dan adat, dengan kehidupan sebenar golongan manusia yang cuba melawan apa yang dianggap sebagai fitrah untuk memenuhi keinginan psikologi dan naluri wanita. Sampai di sini boleh dibuat rumusan bahawa istilah jantina merujuk kepada ciri fisiologi dan gender pula merujuk kepada bagaimana perempuan atau lelaki18 Sari 24 memenuhi sifat-sifat kewanitaan dan kelelakian mereka menurut tuntutan masyarakat dan kepercayaan. Selanjutnya, seksualiti pula merujuk kepada identiti dan perlakuan seksual yang juga terikat kepada habitat dan norma nilai tempatan. KONSEP TEORI TERHADAP PEMAHAMAN GENDER Teori mengenai perkembangan gender dan perlakuan gender boleh dibahagikan kepada tiga jenis: teori yang memberi fokus kepada ciri asas biologi yang membezakan jantina, teori yang menekankan soal perhubungan gender antara perseorangan, dan teori yang mendedahkan faktor dorongan budaya dalam perkembangan gender. Setiap teori itu mempunyai kekuatan dalam mengkonsepsikan pembentukan gender dan seksualiti. Teori biologi mengenai gender adalah berdasarkan perbezaan fisiologi antara lelaki dan wanita. Menurut Freud, biology is destiny. Teori ini memfokuskan kehadiran kromosom X dan Y, dan aktiviti hormon yang boleh mempengaruhi ciri-ciri individu – saiz tubuh, cara berfikir dan angin perasaan (mood). Menurut teori ini, kromosom seks boleh mempengaruhi kepintaran otak dan kemahiran sosial. Kebanyakan lelaki mempunyai kromosom XY kerana mereka mewarisi kromosom X dari ibu dan Y dari bapa. Kebanyakan perempuan pula mempunyai kromosom XX kerana mereka mewarisi kromosom X dari ibu dan ayah. Pakar genetik menjelaskan bahawa gen yang mengawal kepintaran hanya terdapat pada kromosom X. Sehubungan itu, ada kajian yang mendedahkan bahawa gen untuk kemahiran sosial aktif hanya terdapat pada gen X lelaki. Ini mungkin menjadi sebab wanita mempunyai kemahiran lebih tinggi dalam soal interaksi sosial berbanding dengan kaum lelaki (Wood 2001). Aktiviti lelaki dan wanita juga dikawal hormon tertentu. An tara peranan estrogen dan hormon primari untuk wanita ialah membantu pertumbuhan payudara dan pinggang sebagai penyediaan wanita untuk mengandung. Hormon lelaki, iaitu testosteron berperanan untuk memberi ciri lelaki seperti suara garau dan bulu badan yang lebih lebat daripada wanita. Testosteron juga dikaitkan dengan kelakuan kasar dan lelaki yang mempunyai kadar testosteron yang lebih tinggi, maka dikatakan mempunyai potensi untuk terjebak dalam penyalahgunaan dadah, bersifat kasar dan dominan. Sehubungan kajian genetik yang merujuk kepada sifat lelaki yang mementingkan diri telah dilaporkan dalam The Malay Mail (5 Ogos 2004: 21) tentang seorang daripada tiga wanita merasa tertekan bila tiba di tempat kerja:
Posted on: Thu, 08 Aug 2013 22:04:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015