Indahnya Persatuan Ulama Syiah, NU & Habaib Sunni, Indahnya - TopicsExpress



          

Indahnya Persatuan Ulama Syiah, NU & Habaib Sunni, Indahnya Ukhuwah Islamiyah. Indahnya Persatuan Ulama Syiah, NU & Habaib SunniDalam foto ini nampak para Ustadz, Habaib dan Tokoh2 NU, Muhammadiyah, ABI, FPI, Mer-C sedang berfoto bersama Ulama Iran dalam sebuah kunjungan ke Iran beberapa tahun silam, dalam rangka Silaturrahim dan Ukhuwah Islamiyah. Silaturrahmi antara Ketua Syura tertinggi Majma’ Jahani Taqrib Mazahib Islami dan Penasihat Antar bangsa Urusan Ahlusunnah Iran bersama Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah berlangsung di Jakarta pada Isnin lalu (20-02-2012). Dalam pertemuan ini, lebih 50 orang ulama dan tokoh Islam hadir yang membincangkan tentang perpaduan umat Islam dan menjawab persoalan tentang isu-isu terkini. Indahnya Persatuan Ulama Syiah, NU & Habaib SunniDi awal pertemuan ini, ahli jawatan kuasa kepimpinan MUI, Dr. Junaidi berkata, “Konflik sejak akhir-akhir ini tentang Syiah di Indonesia, beberapa permasalahan tentang Ahlusunnah di Iran dan beberapa syubhat mengenai Syiah telah dijelaskan di mana kedutaan Iran di Indonesia mengambil kesempatan yang baik menganjurkan dialog, pendekatan pemikiran dan termasuk pemahaman yang sesuai antara satu sama lain.” Dalam pertemuan ini, ketua Syura Tertinggi Majma’ Taqrib dan penasihat presiden Iran tentang Ahlusunnah Iran, Syeikh Mawlavi Ishaq Madani menjelaskan tentang kedudukan Ahlusunnah di Iran sambil membandingkan situasi mereka sebelum dan setelah revolusi Islam Iran. Katanya kemajuan prasarana, pusat-pusat agama, masjid dan madrasah Ahlusunnah di Iran berkembang pesat melebihi seratus persen setelah revolusi Islam. Imam Sunni Iran tersebut, menjelaskan bahwa keadaan Sunni di Iran adalah baik. “Keadaan Ahlussunnah adalah baik, tidak mengalami penindasan,” terangnya di hadapan para ulama. Mawlavi Ishaq Madani menegaskan bahawa kebebasan Ahlusunnah di Iran adalah berpunca perlembagaan Iran yang membela nasib mereka. Selain itu mereka dapat melibatkan di diri di dalam majlis syura Islami, Majlis Khubregan dan jabatan-jabatan kerajaan sambil bebas mengamalkan kaedah dan akidah mazhab. Selain itu, beberapa pusat pengajian Republik Islam Iran turut mengajar mata pelajaran fikih Ahlusunnah.
Posted on: Tue, 27 Aug 2013 04:46:41 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015