Info Kesihatan.. Mengalami kesakitan di bahagian ari-ari dan - TopicsExpress



          

Info Kesihatan.. Mengalami kesakitan di bahagian ari-ari dan pinggang sebelum kedatangan haid merupakan perkara biasa di kalangan wanita setiap bulan. Dikenali sebagai senggugut, simptom ini hadir saat mereka menghidapi Premenstrual Syndrome (PMS). Lazimnya, senggugut akan menerjah fizikal, psikologi dan emosi wanita sebelum atau selepas permulaan aliran haid. Dianggarkan juga kira-kira 80 peratus wanita tidak terlepas daripada simptom PMS ini. Mengikut ulasan pakar, kesakitan senggugut yang dirasai ketika haid disebabkan penguncupan dinding rahim yang berlaku bagi mengeluarkan ketulan darah haid. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim yang kebiasaannya masih sempit bagi golongan remaja. Terdapat juga mitos yang mengatakan senggugut boleh menjadi punca kepada kemandulan. Namun, kenyataan tersebut tidak semestinya betul kerana ada juga wanita yang telah berumahtangga mampu mengandung dan melahirkan anak. Kesakitan senggugut yang dialami juga semakin berkurangan dan lenyap setelah mereka melalui fasa kehamilan dan kelahiran. Senggugut turut terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder. Senggugut primer adalah normal dan boleh dirawat dengan ubat-ubatan seperti Ponstan, Nurofen, Celebrex dan Arcoxia. Sementara senggugut sekunder pula disebabkan oleh penyakit yang boleh menjejaskan tahap kesuburan wanita. Antaranya penyakit yang disebabkan ketumbuhan fibroid, jangkitan pada pangkal rahim dan irritable bowel disease. Ringkasnya, apa sahaja penyakit yang berpunca daripada pangkal rahim, saluran tiub fallopio atau ovari boleh menyebabkan senggugut jenis ini. Berbeza dengan senggugut primer, senggugut jenis sekunder mungkin tidak akan hilang walaupun telah berkahwin dan melahirkan anak. Bagi wanita berkahwin yang menghadapi masalah kesuburan dan mudah gugur kandungan, berkemungkinan besar individu ini menghidap penyakit endometriosis. Ia menjejaskan sistem reproduktif wanita apabila saluran tiub fallopio tersumbat seterusnya menyukarkan sperma suami bertemu dengan benih isteri.. :: Saya Pengedar JSD :: Contact For Free Consultation : FB : https://facebook/messages/ramlah.lahadi FanPage : https://facebook/messages/Taukey.JSD Call/sms/WhatsApp/Wechat : 013-9882546 (y) Taukey JAMU SUSUK DARA - Rahsiamu, Rahsiaku Jua ツ (y)
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 10:37:32 +0000

Trending Topics



ight:30px;">
কিছু গুরুত্বপূর্ণ Phrase: *Ask

Recently Viewed Topics




© 2015