Ini dari sudut pandangan ku lah.. Malaysia adalah salah satu - TopicsExpress



          

Ini dari sudut pandangan ku lah.. Malaysia adalah salah satu pengeluar minyak dunia.Ini fakta.Sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Jika krisis yang pembabitannya adalah berkait rapat langsung dgn amerika,pasti akan berlaku kenaikan harga minyak dunia.Ini fakta.Sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Bila ini berlaku,Malaysia yg juga pengeluar minyak dunia akan mendapat manfaat dari segi keuntungan ekonomi.Ini fakta.Sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Bila negara mendapat untung lebih,negara akan mengagihkannya kpd rakyat lebihan keuntungan itu utk dinikmati bersama melalui pembangunan infra dan pembangunan insan.Selebihnya sebagai tabungan kerajaan.Sepatutnya ini fakta.Sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Tetapi,apa yang menghairankan ku,jika kita pergi kepada malaysia yang tercinta ini,negara yang merupakan sebuah negara pengeluar minyak yang merupakan salah satu negara kilang minyak,setentunya harganya cukup murah dan tak perlu pun memberi subsidi kpd rakyatnya sendiri? Kenapa tidak saja jual kpd rakyat sendiri dengan kos kilang daripada jual kepada rakyat dengan kos pasaran?Apakah ini fakta?Apakah kita perlu mengimport minyak sendiri di luar negara mengikut pasaran semasa padahal dalam masa yg sama kita juga pengeksport minyak itu sendiri?Kemudian kerajaan beri pulak subsidi? Kalau macam tu,kita eksport negara malaysia ni dan kemudian kita import balik dan kemudian beri subsidi.Gitu? :)
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 14:33:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015