Ini merupakan pandangan jujur dari Jose Mourinho tentang - TopicsExpress



          

Ini merupakan pandangan jujur dari Jose Mourinho tentang bintang-bintang Chelsea serta Sugar Daddy kita. Eden Hazard: Jika ada kebolehan, anda harus menggunakan sepenuhnya. Kamu boleh lakukan apa sahaja kerana kamu paling berbakat berbanding yang lain. Maka buktikannya. Juan Mata Dia mmg sesuai dengan rancangan saya. Saya amat mengenalinya. Saya ada idea bagaimana beliau boleh mencapai lebih lagi. David Luiz Kamu mampu mengelecek dari pertahanan apabila keadaannya sesuai. Tetapi kamu harus menilai risikonya. Apa yang penting bagi Luiz ialah membuat keputusan yang betul. Didier Drogba: Sehingga kini Didier masih seorang pemain dan pemenang. Beliau berseronok dengan permainannya. Dan saya hampir diserang sakit jantung semasa beliau bermain untuk Galatasaray menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah musim lalu. Frank Lampard: Dia tidak lagi mampu bermain 60 perlawanan seperti dahulu, namun kualitinya masih sama. Apa yang penting ialah persembahan yang bagus bukannya sijil kelahiran kamu. Roman Abramovich: Adakah Roman akan menjual kelab ini? adakah beliau benar-benar mencintai kelab ini? Beliau menang Liga Juara-Juara dan BPL maka mentaliti masih sama. Saya yakin 100 peratus Roman tidak akan jual kelab ini. KREDIT : Kelab Peminat Chelsea(Malaysia) Official Mohd Akmal BCM
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 14:56:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015