Islam menuntut pengorbanan daripada seluruh umatnya untuk - TopicsExpress



          

Islam menuntut pengorbanan daripada seluruh umatnya untuk dipertahan dan diletakkan pada satu tahap yang sangat mulia, sesuai dengan darjatnya di sisi Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T di dalam surah an-Nisa’, ayat 114: Maksudnya: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. Pengorbanan ini hanya akan menjadi realiti sekiranya kita semua kembali untuk memahami dan menghayati konsep, falsafah dan pengajaran di sebalik ibadat haji dan korban dalam erti kata yang lebih luas. Jangan jadikan semangat pengorbanan dan penyatuan ummah ini hanya sekadar bermusim, ibarat datang dan perginya musim haji itu sendiri setiap saban tahun. Umat Islam dituntut supaya sentiasa bergandingan tangan, bermuafakat dan saling bantu-membantu tidak kira waktu senang mahupun susah. Tinggalkan segala perbezaan dan elakkan perbalahan sesama sendiri. Hal ini begitu penting sekali agar kita semua menjadi umat yang bersatu padu dan kuat demi membela nasib saudara seagama yang memerlukan. Semoga Aidil Adha kali ini mendatangkan keinsafan dan membawa erti pengorbanan yang lebih besar buat umat Islam seterusnya, insya-Allah.
Posted on: Tue, 15 Oct 2013 02:16:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015