Isu agihan zakat. Fuqaha sebenarnya amat menekankan konsep tabayun - TopicsExpress



          

Isu agihan zakat. Fuqaha sebenarnya amat menekankan konsep tabayun ataupun siasatan dalam usaha pihak pengurusan mengagihkan zakat. Ini kerana, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, bahawa kelalaian dalam urusan agihan zakat, misalnya ia jatuh ke tangan orang yang salah sehingga gagal membawa kesan positif kpd ummah, maka dosanya ditanggung oleh pihak amil. Mutakhir ini, LZS misalnya cuba meminimalkan prosedur sehingga ada kes tertentu dapat diluluskan permohonannya dlm julat waktu kurang 24 jam. Inisiatif ini sebenarnya adalah respons kpd keperluan umat Islam. Maka, bantulah LZS utk memastikan hanya mereka yg benar2 berhak sahaja disantuni demi menjamin keberkesanan agihan zakat di negeri ini... P/s: LZS sedar ramai pihak yg sentiasa memerhati dan memantau perjalanan agihan zakat di negeri ini. Jujurnya kamai bersyukur kerana ramai yg prihatin dengan usaha memperkasakan agihan zakat ini, dan sekaligus ia juga membuktikan bahawa kita amat komitted membangunkan ummah. Kami amat berharap, segala komen dan cadangan disalurkan secaraa berhikmah, agar suatu pendekatan yg konstruktif dapat diambil utk kebaikan semua pihak. (@)
Posted on: Sat, 03 Aug 2013 18:03:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015