Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) - TopicsExpress



          

Isu-isu utama berkenaan Semakan Berkala Sejagat Malaysia (UPR) Oktober 2013...................... Azril Mohd Amin1 Tanggal 24 Oktober 2013 bakal menyaksikan giliran Malaysia menjalani pusingan kedua sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang dikendalikan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland. Sesi UPR ini dilakukan bagi menyemak rekod dan pencapaian hak asasi manusia sesebuah Negara anggota PBB. Semasa pusingan pertama yang telah dijalankan pada tahun 2009, sebanyak 62 syor telah dikemukakan kepada Malaysia tetapi Malaysia telah menerima untuk mempertimbangkan kira-kira 34 syor. Tekanan-tekanan yang wujud dari kalangan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia tempatan mahupun luar Negara terhadap beberapa perkara pokok berkaitan rekod hak asasi manusia ini perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan Malaysia. Bagi isu-isu yang terkait dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) perlu memberikan tumpuan khusus memandangkan wadah seumpama UPR ini adalah antara mekanisme yang digunakan NGO-NGO Hak Asasi Manusia yang beracuan sekular untuk menyebarluaskan fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme mereka. Proses ini juga dijadikan medan mencanang gaya hidup bebas yang menjunjung faham kebebasan tanpa batas termasuk mengizinkan tindakan meninggalkan agama (murtad) bagi orang Islam serta orientasi seks bebas atau dikenali sebagai LGBT). Latar belakang hak asasi manusia dan kebebasan mutlak berfahaman Barat inilah yang menjadi asas pada sebahagian memorandum yang dikemukakan beberapa NGO Hak Asasi tempatan seperti Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO) melalui memorandum yang dikemukakan pada Februari 2009, hujahan bersama Article 19 dan SUARAM bertarikh 11 Mac 2013, laporan European Centre for Law & Justice (ECLJ) berhubung Kebebasan Beragama di Malaysia (2013), hujahan International Commission of Jurists (ICJ) bulan Mac 2012 (sekadar menyebut beberapa dokumen rujukan). Pada hakikatnya, isu-isu yang dikemukakan jelas bertujuan untuk menekan Malaysia untuk tunduk terhadap norma-norma antarabangsa yang pada hakikatnya mengikut acuan faham secular barat yang menjunjung isu-isu mencabar aqidah dan syariah seperti liberalisme, pluralisme dan sekularisme....... apa pendapat kamu..?
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 08:57:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015