Isu laknat dan penghinaan sahabat alat untuk menumpahkan darah - TopicsExpress



          

Isu laknat dan penghinaan sahabat alat untuk menumpahkan darah Syiah Salah satu tuduhan yang sering dilontarkan oleh Ahlusunnah terhadap Syiah ialah cerita-cerita penghinaan dan laknat terhadap beberapa orang sahabat Nabi (s.a.w). Kisah-kisah ini telah menyebabkan perseteruan dan perbalahan antara kedua-dua kelompok ini di sepanjang sejarah. Bagi menerangkan dan menjawab tohmahan yang tidak berasas ini, kami memilih beberapa perkara yang ringkas untuk menerangkan pemikiran-pemikiran dan ide-ide tertentu supaya golongan yang insaf dapat mengadili sejumlah perkara-perkara yang dijelaskan berikut:1. Penghinaan khulafa dieksploitasi untuk pengeluaran fatwa-fatwa pembunuhan SyiahA: Menurut kesaksian sejarah dan penulis-penulisnya, para penguasa dan perampas kuasa sentiasa mengeksploitasi perkara ini untuk membunuh ramai Syiah sebagaimana pengarang kitab al-Muntazham telah menceritakan perkara ini dan berkata:Setiapkali penguasa dan pemerintah ingin menyeksa dan menangkap pengikut mazhab Syiah, maka mereka akan menghukumnya dengan mempergunakan alasan menghina Abu Bakar dan Umar, bukan kerana ia adalah pengikut Ali atau membela Ali. - Al-Muntazam, jilid 2 halaman 36B: Ibnu Athir dalam peristiwa 407 Hijrah menulis:وفي هذه السنة قتلت الشيعة الذين ببلاد إفريقيةDi dalam tahun ini Shiʻah di negara Afrika telah dibunuh. (atas alasan kononnya menghina dan melaknat Abu Bakar dan Umar). - Al-Kamil jilid 9 halaman 110.C: Al-Sarkhasi salah seorang ulama Ahlusunnah mengeluarkan fatwa begini: فمن طعن فيهم فهو ملحد منابذ للاسلام دواؤه السيف إن لم يتب.Barangsiapa yang mencela Abu Bakar maka ia telah kafir dan terkeluar dari golongan umat Islam. Rawatannya ialah: Jika tidak bertaubat maka ia dihukum dengan pedang (bunuh). - Ushul al-Sarkhasi jilid 2 halaman 134.D: Firyabi, salah seorang tokoh Ahlusunnah berkata: وَقَالَ الْفِرْيَابِيُّ : مَنْ شَتَمَ أَبَا بَكْرٍ فَهُوَ كَافِرٌ ، لَا يُصَلَّى عَلَيْهِ .قِيلَ لَهُ : فَكَيْفَ نَصْنَعُ بِهِ ، وَهُوَ يَقُولُ : لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ؟ قَالَ : لَا تَمَسُّوهُ بِأَيْدِيكُمْ ، ارْفَعُوهُ بِالْخَشَبِ حَتَّى تُوَارُوهُ فِي حُفْرَتِهِ .Barangsiapa yang menghina Abu Bakar maka ia telah kafir, jangan solat ke atas janazahnya. Orang pun bertanya: Apa yang harus kami lakukan terhadap jenazahnya jikalau individu ini berkata “Tiada Tuhan melainkan Allah?” jawabnya: Jangan sentuh tubuhnya, alihkannya dengan kayu dan tutupilah ia dalam tanah. - Al-Mughni jilid 5 halaman 62; al-Syarh al-Kabir jilid 10 halaman 64; al-Sharim al-Maslul Ibnu Taimiyah halaman 575 أخرج الخطيب عن أبى هريرة قال : سمعت رسول اللّه ( ص ) يقول : إنّ للّه تعالى فى السماء سبعين ألف ملك يلعنون من شتم أبا بكر وعمرتاريخ بغداد : 5 / 280 . . Abu Hurairah berkata, aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya tujuh puluh ribu malaikat Allah di langit melaknat orang yang mencerca Abu Bakar. - Tarikh Baghdad, jilid 5 halaman 280.Pengeluaran fatwa-fatwa kasar anti-Syiah berasaskan pemalsuan hadis-hadis yang memperalatkan nama Nabi (s.a.w). Lebih parah lagi setelah kamu mengikuti kata-kata Sarkhasi yang berkata: “Barangsiapa yang mencerca mereka, maka ia telah kafir, rawatannya ialah pedang sekira tidak bertaubat,” kemudian mengambil fatwa yang lebih keras lagi iaitu: «وأنّه إذا تاب لا تقبل توبته بل يجب قتله »رسائل ابن عابدين : 1 / 364 . . “Sekiranya ia bertaubat, jangan terima taubatnya malah wajib dibunuh”- al-Rasail ibnu Abidin, jilid 1 halaman 364Kesimpulannya kata-kata ini secara umumnya adalah pembohongan tentang keutamaan individu-individu tertentu yang telah ditulis di dalam kitab-kitab hadis, tafsir dan sejarah oleh orang yang mengaku alim. Tidak lain tidak bukan semuanya untuk menumpahkan darah insan yang tidak berdosa.Berikut adalah salah satu contoh daripada jenayah-jenayah yang tersimpan dalam sejarah sebagai akibat dari pembohongan ini, yang mana kami serahkan kepada pembaca yang budiman untuk mengadilinya.Sultan Murad IV kerajaan Uthmaniyah telah mencari dalih untuk meningkatkan serangan ke atas Iran. Oleh itu mereka memperalatkan beberapa tokoh Ahlusunnah supaya mengeluarkan fatwa untuk menyulut fitnah perang saudara antara umat Islam. Namun tidak seorang pun ulama dan cendiakawan muslim berani melakukan kerja ini dan tidak mahu dirinya menjadi sebab pembunuhan dan pertumpahan darah. Akan tetapi seorang pemuda yang menjual agama bernama Nuh Affendi yang tidak pernah mencium bau aroma fiqh dan kemanusiaan, tanpa segan silu sedikitpun mengeluarkan fatwa. Pada mulanya ia menetapkan kekafiran Syiah, setelah itu mewajibkan pembunuhan Syiah. Teks fatwanya adalah seperti berikut:«من قتل رافضيّاً واحداً وجبت له الجنّة » . Barangsiapa yang membunuh seorang Syiah, wajiblah baginya syurga.Dengan mengeluarkan fatwa begini, puluhan ribu Syiah dibunuh. Di kota Halab «حلب » sahaja empat puluh ribu Syiah dibunuh. Sila rujuk majalah Turathuna, jilid 6 halaman 32 (موقف الشيعة من هجمات الحضو
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 16:42:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015