Isu nya CCRIS ni bukanlah pada bayar tak bayar sebenarnya, tapi - TopicsExpress



          

Isu nya CCRIS ni bukanlah pada bayar tak bayar sebenarnya, tapi pada dikira hutang itu sebagai Debt Service Ratio a.k.a Komitmen. Bila dah komitmen tinggi, nak buat loan lain akan susah. Kalau bayar cantik, takde masalah. Bank tengok bayaran balik cun, ok ah. Itu pun tengok jugak berapa income. kalau gaji takat rm1000, ada komitmen rm150 sebulan, payah jugaklah nak dapat approve. Dah tu apa implikasinya kalau susah nak dapat loan? Yang fresh grad nanti semua maknanya jangan mimpilah nak berkereta bagai bila masuk kerja. Kalau takat gaji rm2000 tu (average fresh grad punya gaji) pakai ajelah motor. Dekat-dekat oklah. Kalau jauh 40-50km? Naiklah tren, public transport. Itu kat KL ok lah, public transport banyak. Kat tempat lain? Negeri lain? Mencanak. Itu kes kalau keluar-keluar dapat kerja. Ramai standard 5-6 bulan tersidai tak dapat kerja. Nak bayar pakai apa? Ada dapat suntikan dana dari mak bapak boleh selamat lagi. Yang family susah? Tak ke sempat kena isytihar muflis dulu cam tu? Ini bukan nak mintak kesiankan orang yang dah kerja pat lima tahun, tapi tak reti-reti bayar, ini mintak kesiankan kat fresh grad ni. Kalau ada yang kata "tulah tak belajar betul-betul sampai dapat first class degree tu", aku nak tanya jugak course apa, universiti mana yang boleh senang sangat nak dapat first class tu? Nak dapat A dalam satu subjek tu pun ada kuota bai. Memang maknanya mustahil semua orang boleh dapat first class tu. Ramainya yang tak akan dapat berbanding yang boleh dapat. - Minotaur
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 23:54:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015