Itali, Belanda layak ke Piala Dunia di Brazil MANCHESTER, England - TopicsExpress



          

Itali, Belanda layak ke Piala Dunia di Brazil MANCHESTER, England - Itali dan Belanda muncul pasukan Eropah pertama layak ke Piala Dunia Brazil 2014 dalam aksi kelayakan, semalam. Jerman yang turut mencatat kemenangan bagaimanapun terpaksa menunggu lagi. Jaringan penalti yang disempurnakan Mario Balotelli pada minit ke-54 menjamin kemenangan 2-1 Itali ke atas Republik Czech membolehkannya memimpin kempen Kumpulan B. Sementara itu, dua jaringan pemain Manchester United, Robin van Persie membantu kemenangan 2-0 Belanda ke atas Andorra, cukup untuk mengesahkan tempat ke Brazil tahun depan selepas menguasai kedudukan Kumpulan D. Kedua-duanya dikira layak walaupun memiliki baki dua perlawanan dengan Azzurri layak untuk kali ke-14 ketika penjaga golnya, Gianluigi Buffon mencatat penampilan antarabangsa ke-136. Jerman menewaskan Kepulauan Faroe 3-0, namun kemenangan itu belum mencukupi, sebaliknya mereka perlukan satu lagi kemenangan untuk layak secara automatik ke Brazil. Sweden yang mengekori rapat di belakang dengan lima mata dan masih masih memiliki baki dua perlawanan lagi menewaskan Kazakhstan 1-0. Dalam pada itu, hala tuju England terletak kepada tangan mereka sendiri selepas ini apabila seri 0-0 dengan Ukraine, namun masih memimpin Kumpulan H, manakala Rusia turut memiliki peluang cerah ke pusingan akhir selepas menewaskan Israel 3-1 dan memintas kedudukan Portugal dalam saingan Kumpulan F. Perancis pula bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk membenam Belarus 4-2 dalam aksi Kumpulan I, sekali gus menyamai pasukan pendahulu, Sepanyol yang masih berbaki satu perlawanan dalam tangan. Dalam perkembangan yang sama, Switzerland menang 2-0 ke atas Norway dalam saingan Kumpulan E dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan daripada baki dua perlawanannya menentang Albania dan Slovenia selepas ini untuk mengekalkan kedudukan teratas kumpulan. Pasukan yang menghabiskan saingan sembilan kumpulan Eropah dengan menduduki tangga teratas secara automatik layak ke Brazil. Lapan pasukan terbaik yang menghuni tangga kedua setiap kumpulan akan bersaing dalam playoff, November ini, termasuklah berkemungkinan besar bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang mewakili Portugal setelah dipintas Rusia. Rusia berkelebihan baki dua perlawanan mudah selepas ini. - AGENSI
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 18:06:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015