Izin import ayam bulat Shah Alam: Bagi menampung permintaan - TopicsExpress



          

Izin import ayam bulat Shah Alam: Bagi menampung permintaan terhadap bekalan ayam yang meningkat dua kali ganda menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membenarkan syarikat pembekal ayam tempatan untuk mengimport bekalan ayam bulat dari negara luar.Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran mengimport diberikan kepada pembekal tempatan bertujuan untuk memastikan bekalan ayam bulat di pasaran tempatan sentiasa mencukupi selain dapat menstabilkan harga pasaran.Menurutnya, pembekal boleh memohon permit daripada kementeriannya sekiranya mahu mengimport ayam bulat dari negara luar seperti Thailand, Eropah dan Australia memandangkan permintaan ayam bulat di pasaran tempatan sebanyak 1.4 juta ekor sehari dan akan meningkat kepada 2.2 juta hingga 2.4 juta ekor sehari pada musim perayaan.“Dengan jumlah sedemikian, pembekal ayam tempatan tidak mampu untuk menampung permintaan daripada pengguna yang dijangka meningkat dua kali ganda menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini. Jadi pasti ada pihak yang akan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.“Kebenaran untuk mengimport ayam bulat dari luar negara dijangka dapat menstabilkan harga, sekali gus tidak membebankan pengguna yang mahu mendapatkan bekalan ayam,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Pasar Tani Khas Pra Ramadan, di sini, semalam. Beliau berkata, antara sebab permintaan bekalan ayam tempatan meningkat berpunca daripada sekatan dari China yang menghentikan pengeksportan bekalan ayam kerana penularan virus selesema burung H7N9 di negara berkenaan menyebabkan industri makanan segera berasaskan ayam memilih untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan. Virus H7N9 mula dikesan pada manusia di China pada Mac lalu, menyebabkan dua bandar utama di negara itu iaitu Nanjing dan Hangzhou bertindak menutup pasaran ayam dan memusnahkan haiwan itu.Selain itu, Ismail Sabri berkata, kementeriannya merancang untuk mengeluarkan bahan makanan haiwan termasuk makanan ayam dihasilkan sendiri di negara ini berikutan kenaikan harga ayam dikatakan berpunca daripada kenaikan harga makanan haiwan itu.Pada masa ini, penternak tempatan bergantung kepada bahan makanan haiwan dari negara luar seperti India dan Brazil untuk mendapatkan bekalan jagung bagi makanan ayam. Beliau berkata, kementeriannya juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memastikan harga ayam dan beberapa lagi barangan kawalan tidak dijual dengan harga yang membebankan pengguna. Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kementeriannya komited untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 1,000 pasar tani di seluruh negara menjelang 2020.Katanya, kewujudan pasar tani yang lebih banyak membantu pengguna untuk membeli barangan keperluan harian dan bekalan makanan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tempat lain.Barangan yang dijual di pasar tani dijual terus daripada petani atau pengeluar kepada pengguna menyebabkan harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding jika sesuatu barangan dijual melalui orang tengah,” katanya.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 21:36:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015