JAKARTA, INDONESIA - Warganegara Indonesia dilaporkan menjadi - TopicsExpress



          

JAKARTA, INDONESIA - Warganegara Indonesia dilaporkan menjadi pemandu kenderaan haji teramai di Makkah, Arab Saudi. Sehubungan itu, jemaah haji Indonesia dikatakan tidak perlu khuatir sekiranya mengalami kesulitan semasa menggunakan kenderaan awam semasa musim haji. Ketua petugas haji di Daerah Kerja (Daker) Makkah, Arsyad Abdullah berkata, pemandu yang ditugaskan untuk melayani jemaah Indonesia secara umumnya terdiri daripada mukimin Makkah. Mukimin adalah warga Indonesia yang telah lama bermastautin di Arab Saudi. "Pekerjaan mereka memang sebagai pemandu. Latar belakang mereka juga pelbagai, ada yang berasal dari Sunda, Jawa, Madura dan juga Sulawesi," katanya yang dipetik laporan Metrotvnews. Tambah beliau, pemandu-pemandu terbabit dilatih melalui syarikat kenderaan awam tempatan untuk memenuhi keperluan jemaah haji Indonesia dari penginapan jemaah menuju Masjidil Haram. Menurut Arsyad, umumnya sudah memahami situasi serta lalu lintas di Makkah. "Secara umum, ada tiga kategori perkhidmatan pengangkutan bagi jemaah haji Indonesia. "Pertama adalah perkhidmatan pengangkutan antara bandar Jeddah-Madinah-Makkah, kedua, perkhidmatan pengangkutan Masyair (hari kemuncak haji yang bermula dengan wukuf di Padang Arafah) untuk perjalanan ke Arafah-Muzdalifah-Mina dan pengangkutan untuk bersembahyang di Makkah," katanya.
Posted on: Tue, 17 Sep 2013 00:34:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015