JANGANLAH TERHIJAB DENGAN PENGETAHUAN YANG SEDIKIT - KELAK ASAL - TopicsExpress



          

JANGANLAH TERHIJAB DENGAN PENGETAHUAN YANG SEDIKIT - KELAK ASAL NAMPAK KACA BERKILAU JE HABIS DIWAR2KAN SEBAGAI BERLIAN BERHARGA Melihat keghairahan sesetengah anak muda dalam mengenengahkan sesuatu yang mereka rasa penemuan tergempar walhal bagi sesetengah pihak ia adalah perkara lama, ada antaranya sudah dibidas dan dibuktikan palsu, saya teringat dua perkara yang berlaku zaman saya masih menuntut ijazah matematik di London lebih 20 tahun lalu. Setelah memahami konsep space-time 3 Dimensi ruang campur 1 Dimensi masa seperti sering disebut dalam Theory of General Relativity yang dibuat oleh saintis tersohor Albert Einstein saya pun dengan bangganya menyatakan ini kepada pensyarah. Beliau sekadar tersenyum sahaja. Setelah sebulan dua baru saya faham kenapa. Rupa2nya dalam kurikulum pelajaran kami ia cuma perkara kecil. Kami diajar untuk menggapai konsep dimensi yang lebih tinggi. Bukan sekadar 4D, 5 D, 10D malah infinit dimensi sambil kami diperkenalkan dengan konsep Hilbert Space dalam pelajaran Functional Analysis. Hal ini mungkin cuma difahami mereka ada sedikit ilmu matematik peringkat universiti. Maka biar disebut perkara kedua. Saya belajar main gitar by ear, dengan mendengar bunyi nota membezakan bunyi sambil belajar simple chord C, F, G diikuti lain2nya. Ketika itu saya di tingkatan 3 kalau tak salah ingatan. Alhamdulillah, berkat selalu berlatih, masuk tingkatan 4 saya dikira antara budak paling handal bermain gitar di sekolah. Saya terus belajar bermain dengan sendiri sambil bertukar2 teknik dan pandangan dengan kawan2 terutama dalam permainan lead guitar. Saya tidak pernah betul2 mengaji, tapi dapatlah juga bermain penuh chord dan lead sejumlah lagu2 rock terkenal zaman itu, tahun 1980an terutama dari kumpulan Iron Maiden dan Loudness. Ketika bermain2 dengan tune guitar saya rasa sudah terjumpa satu kumpulan nota atau skala (scale) sendiri. Kononnya itulah penemuan hebat dari diri saya, orang lain belum tahu tentangnya. Kemudian semasa di London saya baca dalam majalah gitar satu artikel berbunyi begini (saya terjemah lebih kurang) : "Tentunya ramai antara kita pernah terasa kita berjaya menemui Pentatonic scale. Ia berbunyi begini (ditunjukkan nota dengan menandakan pada gambar rajah berbentuk leher gitar)." Baru saya sedar apa yang saya sangkakan penemuan baru yang terbit dari diri sendiri itu sebenarnya sudah wujud zaman berzaman, dimainkan oleh para pemain Blues. Malah dalam muzik tradisional Cina pun ada. Cuma rentak permainan yang berlainan sahaja membuat kita tidak sedar. Sejak itu saya menyedari satu perkara. Banyak hal dalam dunia inu merupakan ulangan, apa yang kita sangka baru seringkali sudah pun dilalui dan dibuat ramai orang. Bagi seorang anak kecil dapat memahami bagaimana telefon berfungsi adalah satu perkara besar. Bagi seorang dewasa yang berpelajaran tinggi apalah sangat itu? Lainlah kalau faham bagaimana sistem janakuasa nuklear berfungsi. Namun anak2 memang begitu. Tiada salahnya mereka menyangkakan pemahaman bagaimana telefon berfungsi itu adalah satu pengetahuan tertinggi. Yang salah adalah apabila anak2 menyangkakan pengetahuan sedikit itu melayakkan mereka berdiri sama tinggi dengan para profesor. Jadilah seperti baru belajar agama sekitab dua tapi terasa dirinya layak memberi fatwa seperti seorang mufti.
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 11:13:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015