JAUHI PENYAKIT BENCI ISNIN Mengapa setelah bercuti, ramai antara - TopicsExpress



          

JAUHI PENYAKIT BENCI ISNIN Mengapa setelah bercuti, ramai antara kita menjadi ‘stress’ bila nak sambung kerja di pagi Isnin? Usah membenci hari Isnin kerana terdapat beberapa tip yang boleh diikuti untuk kita berasa seronok menyambut hari itu; antaranya adalah jauhi aktiviti luar pada hari Ahad. Ini kerana aktiviti luar bukan sahaja memenatkan malah boleh membuatkan kita tidak mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan ke pejabat pada hari Isnin, misalnya tidak sempat menggosok baju dan sebagainya. 1. Bersosial lewat malam Ramai antara kita memilih untuk bersosial sehingga larut malam pada cuti hujung minggu dengan alasan dapat berehat pada waktu siang. Sebenarnya, tindakan itu akan mengganggu perubahan waktu tidur dan akhirnya, membuatkan kita berasa penat dan malas untuk bangun tidur. 2. Permainan video Terlalu asyik bermain permainan video atau menonton TV akan memberi kesan negatif kepada tubuh seperti tidak dapat memberi konsentrasi, selain tidak mendapat tidur yang cukup kerana ketagih terhadap permainan/rancangan tersebut. 3. Bekerja di rumah Sesetengah individu gemar membawa pulang kerja pejabat ke rumah terutama pada cuti hujung minggu. Pekerja yang cemerlang adalah mereka yang dapat menguruskan masa dengan bijak di pejabat. Seelok-eloknya, elakkan membawa balik kerja pejabat ke rumah terutama pada hari Ahad kerana otak dan tubuh kamu akan berasa letih dan lesu untuk memulakan kerja pada keesokan harinya. 4. Makan terlalu banyak Bersosial pada hujung minggu bersama teman-teman boleh membuatkan seseorang itu makan lebih banyak daripada biasa, seperti rumah terbuka. Tabiat itu bukan sahaja akan menganggu diet, malahan juga membuatkan kamu berasa malas kerana terlalu kenyang dan perasaan malas itu boleh terbawa-bawa sehingga ke pagi Isnin. 5. Benci Isnin Terlalu memikirkan kedatangan hari Isnin juga boleh membuatkan kamu berasa malas dan tidak bertenaga untuk memulakan kerja pada minggu baru. Untuk mengelakkan perasaan sedemikian, cuba alihkan perhatian dengan menghabiskan masa bersama orang-orang tersayang. Tapi saya percaya rakan semua bersemangat tinggi, kerana kita mempunyai matlamat yang nak dikejar dan dicapai. So, tak perlulah nak bermalas-malas atau nak “Monday Blues” sangat pada hari Isnin. Buat kerja dan tanggungjawab tu macam biasa! p/s. Kami di NUF Skin Life bekerja dengan gembira setiap hari kerana dapat membantu menambah nilai hidup banyak wanita diluar sana. Kepuasaan yang kami alami? Tidak terungkap. Bila kulit wajah cantik, hati pasti bahagia...tak gitu?
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 12:10:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015