JOM BACA & BACA SEDUTAN DARI GAUN CIK BOS, TUXEDO MR. - TopicsExpress



          

JOM BACA & BACA SEDUTAN DARI GAUN CIK BOS, TUXEDO MR. SECRETARY.... Kring! Kring! Interkom di atas meja Adam berbunyi lalu Adam segera menjawab. “Adam, tolong masuk kejap,” arah Khalisah melalui interkom. Isy, perempuan ni! Cakap terus tadi, kan senang? Marah Adam dalam hati. Tapi cepat-cepat dia bingkas dan ke bilik Khalisah. “Ya, cik bos?” sapa Adam sebaik sahaja membuka pintu bilik Khalisah. “Awak nampak cawan tu?” tanya Khalisah. “Nampak.” “Awak pandai buat air Nescafe?” “Errr....” Adam ragu-ragu. “Ambil cawan tu dan buatkan saya air Nescafe. Cepat ya.” Pantas saja Khalisah memberi arahan. Segera Adam mengambil cawan di meja Khalisah lalu keluar menuju ke pantri. Aih, belajar tinggi-tinggi pun akhirnya buatkan air untuk perempuan pula. Cis! Usai semuanya, segera Adam membawa air Nescafe tersebut ke bilik Khalisah. “Cik bos.” Air Nescafe itu diletakkan oleh Adam di atas meja Khalisah. Segera Khalisah mengambil dan meminumnya. “Puih! Panas, panas... awak nak bunuh saya ke apa? Agak-agaklah...” marah Khalisah. “Well, air Nescafe memang panas. Takkanlah sejuk pula. Saya nak kata panas tadi, cik bos pula minum terus. Bukan salah saya, kan?” “Sudahlah, awak boleh keluar. Lain kali kalau buat air, bagi separuh air panas, separuh air sejuk. Ni nak bagi orang tak ada lidah ke apa.” Pesan Khalisah. “Baik, cik bos.” Segera Adam melangkah. “Hei, cawan Nescafe ni bawa keluar sekali ya.” Khalisah menjeling ke arah Adam. Adam mengambil cawan tersebut. Dia melangkah keluar dengan senyuman. Rasalah Nescafe aku tu... hi hi hi! Adam ketawa puas dalam hati. Kakinovel Novel Melayu Kreatif kakinovel novelmelayukreatif
Posted on: Tue, 21 Jan 2014 08:10:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015