Jadi mangsa kekasih siber 31 Ogos 2013 * MARANG – Seorang - TopicsExpress



          

Jadi mangsa kekasih siber 31 Ogos 2013 * MARANG – Seorang pemuda berusia 29 tahun berputih mata dan rugi lebih RM40,000 apabila ditipu seorang gadis yang dikenalinya sejak dua tahun lalu di ruang sembang disediakan dalam telefon bimbitnya. Malah pemuda terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Zahari, 29, berkata, gadis dikenali dengan nama Puteri itu berjanji untuk hidup bersama dan mereka juga merancang melangsungkan perkahwinan pada Februari lalu. “Namun, apabila masanya tiba, Puteri memberi pelbagai alasan termasuk memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan. Apabila saya ajak bertemu ketika kami berbual dalam talian, dia juga sering menolak dengan pelbagai alasan. “Selepas itu, baru saya sedar saya telah ditipu dan menjadi mangsa Puteri,” katanya yang telah menghabiskan lebih separuh daripada wang pampasan kemalangan berjumlah hampir RM70,000 diperoleh pada Disember tahun lalu. Berikutan itu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori itu membuat laporan polis di Balai Polis Marang agar gadis terbabit dapat dibawa ke muka pengadilan, selain berkongsi kisah hidupnya untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat. Mohd Zahari berkata, walaupun agak mustahil untuk mendapatkan semula wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun kekasih sibernya itu, namun dia masih berharap wang tersebut dapat dikembalikan semula kepadanya. “Saya merayu Puteri pulangkan semula wang yang telah diberikan itu termasuk wang yang diberikan untuk tujuan persiapan majlis perkahwinan walaupun saya tahu mustahil untuk mendapatkan semula wang itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mangsa. S.H
Posted on: Sat, 31 Aug 2013 03:31:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015