Jangan lupa untuk undi juara Ratu Syahadah kita, Cik Nur Husna - TopicsExpress



          

Jangan lupa untuk undi juara Ratu Syahadah kita, Cik Nur Husna Abdul Kadir,Calon Umum bernombor U01 Beliau memang sangat baik, berkeperibadian mulia, penuh dengan kelembutan, sangat menjaga maruah & kesopanan selaku Mahasiswa beragama Islam. Sahabat saya ini memang selayaknya dinobatkan sebagai juara, Mengajinya tip top, tidak kedekut juga menyebarkan ilmu & berkongsi kemahiran pemberian Allah ini pada muslimah lain. PMSSIL ? SM ? PSM ? Sekretariat JAKMAS ? Amanah kemas erat di genggaman, tanggungjawab teguh terpikul di bahu, Sahabat saya ini pernah berkhidmat dalam semua ini & sebenarnya banyak lagi, beliau memberikan sebaik mungkin komitmennya, walau sehingga terpaksa bersengkang mata, & bertembung dengan hal2 lain, sahabat saya ini tetap berusaha memastikan kerjanya tidak terabai. Saya kagum dengan beliau, meskipun masa yang dimiliki semakin terhad, Sepanjang saya mengenali beliau, sahabat saya ini tetap berusaha Istiqamah meluangkan masa berkongsi apa sahaja yang menyumbang kepada kebaikan se-maksima mungkin selagi jasad masih bernyawa. Tuhan tidak akan tanya jenama kereta apa yang kamu pakai. Tetapi Tuhan akan tanya berapa banyak orang yang kamu tumpangkan. Tuhan takkan tanya tinggi mana darjat kamu. Tetapi Tuhan akan tanya berapa banyak jasa yang kamu taburkan! Kata-kata yang beliau lafazkan memang benar-benar mengambarkan karakter & keperibadian beliau, kerana apa yang terpahat di minda & di hati sahabat saya ini adalah realiti yang mendefinasikan siapa beliau sebenarnya. Uena, selamat bertanding, abaikan provokasi, bicara yang tidak matang & tidak membina, Allah sentiasa bersama orang2 yang bersabar, & InsyaAllah kami sentiasa ada bukan sekadar di belakang, malahan di sekeliling untuk terus menyokong ! Chayuk !!
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 13:54:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015