Jerawat merangkumi tiga faktor utama iaitu kelenjar minyak - TopicsExpress



          

Jerawat merangkumi tiga faktor utama iaitu kelenjar minyak terlebih aktif, liang pori tersumbat dan jangkitan bakteria pada kulit. Cara mengatasi jerawat menggunakan ubat seperti antibiotik, vitamin A, krim antibakteria, produk muka berubat mengandungi asid alpha hydroksi, asid salisylic, benzoyl peroxide, rawatan chemical peel, rawatan denyutan lampu impuls (IPL) dan laser. Paling penting, mereka yang mengalami masalah jerawat dan kulit berminyak dinasihatkan supaya tidak merawat sendiri atau melakukan rawatan wajah di salun kecantikan sebaliknya berjumpa doktor pakar kulit estetik untuk rawatan yang terperinci. Ini kerana jika tidak dirawat dan berlanjutan, ia boleh memberi kesan sampingan iaitu parut kulit yang kekal, tekanan emosi dan memberikan impak negatif kepada status sosio ekonomi seseorang lantas menyebabkan kemurungan. ---hairani---
Posted on: Tue, 25 Jun 2013 04:24:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015