Jika PERKASA secara rasmi mendaftarkan diri mereka sebagai satu - TopicsExpress



          

Jika PERKASA secara rasmi mendaftarkan diri mereka sebagai satu parti politik baru tanah air, insyaAllah saya mungkin akan menjadi orang pertama yang mendaftar keahliannya. Bukan kerana saya mahu khianat kepada UMNO. Tetapi saya letak prinsip asal perjuangan pro Melayu-Islam lebih tinggi dari sesuatu wadah perjuangan yang bernama parti politik itu. Bagi saya UMNO itu hanyalah wadah untuk menzahirkan sesuatu perjuangan. Tetapi, sepertimana wadah-wadah yang diterajui oleh manusia yang lain, UMNO juga boleh tersasar dari prinsip perjuangan ini apabila masa berlalu. Maka perlulah orang seperti saya ini beralih ke suatu wadah baru yang memperjuangan prinsip perjuangan asal yang terdahulu, atau yang sejati seperti yang sepatutnya.
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 15:39:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015