Jika anda ingin menambah pendapatan melalui perniagaan dan mencari - TopicsExpress



          

Jika anda ingin menambah pendapatan melalui perniagaan dan mencari peluang perniagaan yang sesuai, anda mempunyai beberapa pilihan iaitu pertama membina perniagaan anda sendiri, kedua membeli perniagaan atau francais yang sedia ada atau cara ketiga, sertai program pemasaran rangkaian. Bagi mereka yang tiada pengalaman dan tiada wang yang banyak maka pilihan ketiga adalah yang paling logik! Ini kerana perniagaan pemasaran rangkaian boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, tanpa sebarang pengalaman perniagaan dan modal permulaannya pula adalah rendah. Ramai yang takut dan skeptikal terhadap perniagaan pemasaran rangkaian ini tetapi jangan lupa, model perniagaan ini telah lama digunakan oleh pelbagai syarikat multinasional seperti AT&T, Colgate, Microsoft, AOL, Citibank, IBM, Xerox dan banyak lagi. Ramai peniaga bertaraf jutawan besar seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Richard Branson dan ramai lagi amat meyakini konsep perniagaan ini. Jika mereka yang telah berjaya yakin dengan model perniagaan ini, kenapa tidak ANDA? Kenapa ikon-ikon peniagaan besar yakin dengan perniagaan pemasaran dan terdapat juga pelbagai syarikat berlumba-lumba menggunakan sistem ini? Ini adalah kerana mereka tahu bahawa strategi pemasaran sebegini adalah cara yang paling berkesan untuk memasarkan produk tanpa menggunakan pekerja, tanpa sesiapa berhutang, tanpa perlu meminjam dan tanpa stok inventori yang nyata. Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang menggunakan sistem ini maka anda perlu bijak memilih syarikat. Jangan terjebak dengan skim cepat kaya! Bagi saya, terdapat lima perkara utama sebelum anda memilih peluang perniagaan yang perlu anda sertai iaitu pertamanya syarikat, keduanya pengurusan, ketiganya produk, keempatnya sistem imbuhan dan kelima adalah pembelajaran. Hari ini saya ingin bercerita tentang satu perniagaan pemasaran rangkaian yang telah menarik minat saya untuk menyertainya dan merebut peluang kewangan yang disediakan oleh TONEEXCEL WOW PREPAID THAT PAYS. .. Program ini ialah Perniagaan SIM Kad Prepaid Tone Excel – WOW. Tapi sebelum anda kata, “Ah, jual Top Up lagi”, anda silap. Ini bukan program jual prepaid atau Top Up. Ia mengajak anda untuk menjadi pengguna BIJAK dengan mengubah sesuatu tanggungan (liability) kepada aset menjana pendapatan. Ini adalah program baru daripada syarikat Tone Excel Sdn Bhd dengan kerjasama Tune Talk yang dipelopori oleh En. Jason Lo dan disokong oleh syarikat gergasi Tune Group yang juga memiliki AirAsia / AirAsia X (Tune Air). Hebat! Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes dan Dato’ Kamarudin Meranun berjaya mengubah persepsi bahawa semua orang berduit sahaja mampu menaiki kapalterbang tetapi dengan AirAsia semua orang boleh terbang pada harga luar biasa murah. Kini, melalui Tune Talk beliau sekali lagi cuba mengubah persepsi bahawa bercakap di handphone adalah satu ‘tanggungan’ yang mahal dengan mengajak kita mengubahkannya kepada satu ‘Aset’ menjana pendapatan dan anda boleh bercakap secara PERCUMA! Woww.. Program Rujukan Tone Excel – WOW di bekalkan oleh Tune Talk melalui rangkaian pasarana selular Celcom yang sangat meluas dan Syarikat Celcom Axiata Bhd juga mengawal kepentingan ekuiti terbesar Tune Talk dengan mempunyai pegangan saham sebanyak 35% dalam Tune Talk Sdn Bhd. Perniagaan pemasaran rangkaian ini, yang juga dikenali sebagai Program Rujukan (Referral) Tone Excel – WOW dimana tiada penjualan dilakukan sebaliknya anda hanya perlu merujuk kepada sesiapa sahaja agar menyertai program ini. Program ini menawarkan Percuma Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi (P.A) sebanyak RM100,000.00 dan Tiket Penerbangan Percuma dari AirAsia.
Posted on: Tue, 25 Feb 2014 15:05:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015