Jika hari ini kamu ditangkap, dipukul, dipenjara kerana - TopicsExpress



          

Jika hari ini kamu ditangkap, dipukul, dipenjara kerana memperjuangkan, menyuarakan dan mempertahankan hak kamu sebagai rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak, ia bukanlah satu yang memalukan dan menghinakan untuk kamu dan keturunan kamu, malah ia adalah satu kebanggaan bahawa regim penjajah sedang takut kebangkitan rakyat SS dan seterusnya berpisah dengan periuk nasi mereka di borneo. Jangan takut, jangan kecut, jangan bergegar dengan herdikan serta ugutan yang bermacam-macam dari regim yang merasa mereka TUAN di tanah tumpah kita. Perjuangan kita cukup bagus ingin melalui jalan-jalan demokrasi dengan bersuara dalam mendidik rakyat yang masih tidak tahu erti perjuangan sebenar. Lihat saja Timor Leste, Papua, Acheh dan lain-lain yang memperjuang hak autonomi mereka yang mengakibatkan pertumpahan darah, itu bukan cara kita. Kita berkahwin cara baik, bercerai pun harus lah cara baik. Kita harus menghormati saudara seMalaysia kita di Malaya, dan dalam masa yang sama kita harus mengecam kesialan regim Malaya di mana ianya dua perkara yang berbeza. Dan rakyat Malaya juga harus menghormati pendirian rakyat borneo yang selama ini ditindas oleh regim mereka. Jalan terbaik adalah dengan berpisah secara baik, pungutan suara harus dilakukan bagi menuntut keadilan di mahkamah antarabangsa nanti. Rakyat Sabah Sarawak yang telah bangkit dan sedar tentang kebenaran ini haruslah perhebatkan lagi memberi kefahaman keoada generasi Muda yang mana oemangkin serta pelapis negara nanti, jika perjuangan ini berpanjangan..merekalah akan melapisi barisan pejuang nasionalisme yang ada sekarang. Kita tidak perlukan senjata dan keganasan untuk berjuang, tetapi kita mampu mengecutkan regim penjajah yang mempunyai berbetalion polis dan tentera, sera akta-akta berat seblah walaupun negara yang demokrasi.. Knowledge is Power!! Baca dan terus membaca..Baca lah perkara kebenaran...InsyaAllah akan membawa kita ke jalan kebenaran..itu lah senjata paling hebat di dunia...mereka boleh membunuh kita..tetapi bukan dengan ilmu kita yang sudah kita sebarkan..Jangan takut gertak regim penjajah..sesungguhnya merekalah yang penakut kerana melakukan kekejaman terhadap keturunan kita selama 50 tahun secara senyap dan tidak senyap sehingga kita merana dan menjadi rakyat kelas ketiga yang hanya menerima kemajuan selepas rakyat malaya menikmati perkara yang sama sejak 10 tahun lalu.. Ingat..tanah tumpah darah kita, tanah borneo...kita adalah Tuan kepada tanah kita sendiri. ORANG LUAR TIADA HAK MENJADI TUAN DI TANAH KITA..JIKA MEREKA MELAKUKAN SEDEMIKIAN...MEREKA LAH SEBENARNYA PENJAJAH! ..Sekadar suara hati yang terdalam dengan harapan memberi semangat setiap sanubari Sabahans dan Sarawakian..
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 01:08:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015