Jiran sedar Singapura tidak akan gugat kepentingan mereka, kata - TopicsExpress



          

Jiran sedar Singapura tidak akan gugat kepentingan mereka, kata Menteri Luar ** Menteri Luar K. Shanmugam pada Jumaat pertama kali memberi komen tentang dakwaan bahawa Singapura melakukan intipan terhadap dua jiran Aseannya dengan berkata rakyat Indonesia dan Malaysia tahu republik ini tidak akan menggugat kepentingan mereka. Shanmugam, yang juga menteri undang-undang, berkata demikian pada perasmian Straits Times Global Outlook Forum di sini apabila ditanya tentang isu itu oleh moderator, editor Straits Times Warren Fernandez. Singapura menjadi tumpuan ramai berikutan laporan media yang mendakwa republik ini membantu agensi perisikan barat melakukan intipan terhadap jirannya. Shanmugam berkata Singapura tidak pernah membuat penafian walaupun dakwaan itu tidak benar. (Ini)... kerana kami tidak boleh buat begitu... tentang perkara berkaitan pengintipan dan terus berkata ini tidak benar... ini tidak tepat atau ini 5% betul dan 95% palsu,” katanya. - 29 November, 2013. MTI YN
Posted on: Fri, 29 Nov 2013 11:06:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015