Jualan tiket sudah pun tamat, dan kini kita FOKUS pada game - TopicsExpress



          

Jualan tiket sudah pun tamat, dan kini kita FOKUS pada game Sarawak vs Pahang 100%. Bagi yang BERTIKET, tahniah sebab kitak oranglah akan bawa semangat Sarawak yang terbaru ke Stadium di mana kita #BolaTanpaMercun. Mohon janganlah kitak orang molah hal, baling benda, baling sampah, atau boo team kita. Sokong lah menang atau kalah. Bagi yang SIK BERTIKET, udah-udah gik bercarik ya. Mun ulat jual sampe 2 kali ganda, bagus kitak orang rugikan ajak ULAT ya sak nya mati reput. LIVE di TV1, ASTRO ARENA (801) dan ERA fm Sarawak ada bah. Pake baju Sarawak, dan kumpul rame2... memang terasa juak sikit rasa di Stadium Negeri. Mun sik pun, kami akan bawakan LIVE di Twitter mek orang @SarawakCrocs (Sila lah follow). Pesanan EXTRA juak bagi yang sik bertiket (macam mek orang), SIK PERLU AGAK STADIUM pada SABTU tok. Lelah2 kitak orang mencuba, sik juak gate ya akan dibuka. Mun nya roboh, orang masuk alu Pahang sik mok main stegal takut kitak orang duduk tepi trek, nya BUKAN AGIK Semangat 88. Nya akan jadi TRAGEDI 88. Kita sik mok ya sebab KITA MOK KE SHAH ALAM!! Last but not least, KITA SOKONG NEGERI SARAWAK TANPA MENGIRA DIMANA KITA! Ayuh!! Demi IbuPertiwiku! Live viewing party yang mek orang tauk adalah seperti dibah: LIMBANG-Dataran Jubli Emas JOHOR - Restoran DSri Parit Raja (UTHM) SRI AMAN - Tebingan Batang Lupar MIRI - Iffa Cafe BINTULU - Dewan Suarah KUCHING - Kpg Sagah (Batu Kawah) *Tempat tersenaraikan adalah berdasarkan koleksi komen. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika info silap/salah.
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 05:51:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015