KAFA - Kelantan FA... Dulu xder siapa pun yg kenal Kelantan FA - TopicsExpress



          

KAFA - Kelantan FA... Dulu xder siapa pun yg kenal Kelantan FA sebab kehebatannya dlm bola sepak... yg ada pun ketika zaman Hashim Mustapa, zaman semi pro... DUNHILL bapak besar kt baju sebagai penaja... Kelantan FA dikenali hny sebab kemeto-an dan kegedebe-an player2 utama terutama zaman ketika Halim Napi masih lagi bermain dengan Kelantan FA. Ketika masuk liga super taun 2009, kelantan FA hanya dibarisi oleh pemain2 buangan team lain dan juga star2 yang sudah malap seperti Khalid Jamlus, Akmal Rizal Rakli dan beberapaplayer yg langsung tidak dikenali... masa ni nama2 seperti Piya, Daudsu, Shakir Shaari, Apek, Mat Yo ( walaupun dia terer main bola sejak kecil ) masih lagi tidak meniti di bibir mulut peminat bola sepak tempatan... sebab pada mentaliti kebanyakan mereka, pemain2 ini hanyalah ore Klate. Pada masa ni juga mentaliti fans Kelantan FA masih jugak berada di takuk tradisional apabila stadium SSMIV sentiasa dipenuh botol air, plastik, dan bermcm2 lagi akibat dipekong oleh peminat2 kita... kita dicop sebagai fans yang paling fanatik dan sesiapa sahaja yg akan turun ke KB perlu berfikir 2 kali disebabkan peel kita nih... kita masih lagi fans di kelas ke 2 dari segi profesionalisme. Namun kita sudah mencapai fans kelas 1 atau Grade A dari segi kesetiaan dan memenuhkan stadium kita... Kelantan FA mula digeruni apabila memenangi Piala Malaysia taun 2010. Tahun ni jugak Kelantan FA secara langsung dikenali sebagai The Red Warriors. Nama player2 TRW mula meniti di bibir pemerhati bola sepak tempatan... Namun masa ni player2 TRW jugak tetap sama... hanya terdiri dari anak tempatan dan star2 yang malap dan injured. Sejak detik itu,kita mula membina langkah. Kita mula membina empayar. Dahulunya kita pernah berlari, namun kita terjatuh. Tahun 2010 kita kembali bertatih... taun 2011 kita sudah mampu berjalan... taun 2012 kita sudah mampu berlari... tahun 2013 kita sedikit tergelincir. Namun jangan lah jadikan ia sebagai penghalang kita utk teruskan larian. Teruskan lah berlari wahai pahlawan merah. 2013... tahun yang menyaksikan TRW dipalit pelbagai kontroversi. Isu perpindahan pemain2 utama dan pemain2 kesayangan TRW menjadi bualan hangat media mahupun peminat tempatan. Pelbagai cerita kita disajikan hingga membuatkan kita penyokong agak terkilan. Andai tahun 2014 menyaksikan perpindahan pemain2 utama kita, kita seharusnya tidak perlu bersedih. Sebaliknya kita perlu merasa bangga kerana Kelantan FA aka TRW yang dahulunya dikeji dicaci dihina dan dilempar dengan pelbagai tohmahan, kini mula diakui sebagai kuasa bolasepak Malaysia. datang dan pergi pemain sudah menjadi lumrah TRW namun harus diingat, itu lah yang menjadikan kita semakin kuat dan semakin bersatu. Isu ini juga seharusnya diterima oleh peminat2 TRW sebagai satu pengajaran utk kita lebih profesional dalam menilai sesuatu berita, cerita, dan individu. Kita sebagai peminat seharusnya mendoakan agar TRW akan menamatkan saingan tahun ini dengan kemenangan Piala Malaysia. Penamat seharusnya happy ending, betul x? Kita, ANOK KLATE, bako brani bako Tok Janggut... rakyat berpayung dibawah naungan Puteri Saadong... rakyat bersatu di tanah serendah sekebun bunga tinggalan Cik Siti Wan Kembang... jgn sekali2 braso takut... jgn sekali2 brasa supo aye kemaca... kita bako neley... tidok debek... kita akan tetap bersatu selamanya dibawah panji2 ANOK KLATE... Biarlah ore nok kata kito negeri budu, busuk hapok kouh... biarlah ore nok kato kito manusia merempat sbb ramai duk cari mkn duk luar negeri mugo kita darah perantau... biarlah ore nok kata kita negeri miskin... biarlah ore nok kata kita xdok tamadun... biarlah ore nok kata kita bangsa sakai... biarlah ore nk hina nok caci nok keji kita... KITA TETAP BERSATU... Anjing tidak akan berhenti menyalak sekalipun telah mendapat tulang... sekalipun ia berhenti menyalak, lidahnya tetap terjelir... kita sebagai manusia bersikap lah seperti manusia... baik dari segi pemikiranmahupun tingkah laku... sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik.. Ore kita jgn lupa daratan ... ore kito jgn lupo asal usul... ore kita jgn lupa dimana kita pernah berada... dan JANGAN LUPO KITO IALAH ANOK KLATE. Bersatu selamanya sebagai anok Klate!!! MERAH ITU MARAH... MERAH ITU BERANI... MERAH ITU DARAH... MERAH ITU KELATE!!!
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 18:19:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015