KALIMAH ALLAH DIBELI DENGAN UNDI Sejak keputusan Mahkamah - TopicsExpress



          

KALIMAH ALLAH DIBELI DENGAN UNDI Sejak keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian Katolik The Herald, isu ini kelihatan menjadi satu polemik yang mengundang pelbagai komen di luar konteks keputusan tersebut. Beberapa kumpulan mereka yang menyokong dan membantah penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian Khatolik. Kumpulan yang menyokong terdiri dari parti-parti politik, NGO dan individu.Masing-masing dengan pendapat dan hujjah mengikut citarasa. Ibarat satu masakan perlu dimasak oleh chef ikut tempahan pelanggannya. Ada yang perlu tambah manisnya.Ada yang perlu tambah masinnya mengikut kehendak pelanggannya. Yang anihnya ada parti politik, NGO dan individu Islam yang begitu lantang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja bukan untuk kepentingan Islam tetapi kepentingan kedudukan masing dalam arus perdana politik negara. Parti politik Melayu ,ngo dan individu muslim lebih ketara menyokong penggunaan kalimah Allah berbanding dengan penganut Kristian sendiri. Apa kehendak mereka Allah sahaja Maha Mengetahui. Ke hulu ke hilir mereka bergerak untuk memberi penerangan kepada umat bahawa boleh kalimah Allah boleh digunakan oleh gereja Ada individu yang mewakili parti-parti tertentu atau ngo mengorak langkah masuk gereja seolah olah beri sokongan kepada gereja beralasan dakwah bilhikmah dan berbahas dengan baik. Mereka mengatur pelbagai saluran dan aktiviti penerangan kepada umat bahawa gereja berhak guna kalimah Allah. Pihak gereja sendiri tidak perlu meyakinkan penganut Kristian untuk guna kalimah Allah. Pihak gereja tidak perlu bersusah payah untuk melaksanakan misi dan visi kerana sentiasa didokong oleh kumpulan Islam yang kabur dengan perjuangan Islam walaupun mendakwa mereka adalah pejuang Islam yang tulen dari dulu, sekarang dan selamamya. Bagi parti politik dalam kumpulan ini sebenarnya mereka utamakan sokongan undi dalam pilihanraya nanti. Percaturan mereka adalah sejauh mana mereka akan perolehi sokongan dalam pilihanraya lalu mereka akan mencari sebanyak banyak hujjah dan dalil samada naqli atau akli untuk menyokong kehendak gereja. Mereka merasakan kemenangan Islam hampir tiba kerana dapat menjinakkan agama-agama dan aliran aliran lain supaya menerima Islam tanpa mereka menyedari bahawa mereka telah dijinakkan lebih awal oleh musuh-musuh Islam secara halus dan terancang .Dengan berlaku kunjung mengunjung , berbalas jamuan dan pelbagai majlis yang diraikan bersama mereka merasakan bahawa Islam telah diterima oleh semua . Ada juga kumpulan mereka yang perjuangkan kalimah Allah ikut suasana setempat. Pertaruhan undi juga menjadi cagaran.Berjuang kalimah Allah jika menguntungkan undi dalam pilihanraya. Kalau pertahankan kalimah Allah boleh pertahankan undi maka kita mestikan pertahankan demi undi dalam pilihanraya. Jika sebaliknya kita sokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja. Ada juga individu bersendirian bercakap masalah negara seolah-olah macam calun Perdana Menteri tetapi hidup bersendirian seolah tidak bernegara bahkan tidak berorganisasi. Konon-kononnya kami ahli akademik, pemikir Islam dan pendakwah bebas. Adakah begini ciri-ciri ahli akademik . Ulas isu politik dan pelbagai isu macam tokoh politik yang berkaliber tetapi hanya di pentas pentas dan media yang disusun oleh organisasi lain. Rasa hebat tetapi tidak menyedari bahawa mereka dipergunakan oleh orang lain. Mereka menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja kononnya berhujjah dengan akademik mengikut pandangan mereka. Mereka sebenarnya tidak berfikir masa depan umat kerana hidup mereka tidak berumat. Bercakap masalah umat hanya untuk survival diri agar tidak ketinggalan kerana mempunyai kedudukan dalam perkhidmatan awam atau swasta . Tinggi mana sekalipun jawatan dalam perkhidmatan awam jika tidak bercakap masalah politik negara akan kesepian juga. Tidak akan mendapat tempat dalam masyarakat dan tidak dikagumi oleh masyarakat. Mereka bercakap untuk menzahirkan kehebatan mereka tetapi tidak menguntungkan umat. Sebab itu mereka juga berhujjah menyokong agar gereja dibenarkan guna kalimah Allah. Mereka berhujjah kononnya alasan akademik tanpa berfikir kesan kepada umat. Kepentingan yang perlu dijaga ialah sanjungan bahawa mereka adalah tokoh apabila mengulas politik negara. Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir YDP ISMA Pasir Puteh Merangkap YDP SYURA ISMA Malaysia.
Posted on: Wed, 30 Oct 2013 05:04:23 +0000

Trending Topics



off three

Recently Viewed Topics




© 2015