KALKULASI CIKGU VS MISKALKULASI MURID= MESIN KIRA - TopicsExpress



          

KALKULASI CIKGU VS MISKALKULASI MURID= MESIN KIRA PENGIKTIRAFAN (Bahagian Awal: (D/D + C/D= DD+DC= aahh menda entah jwpnnya...)) Dalam Kelas Delima itu cikgu menyusun meja dengan empat baris, dengan setiap baris itu ada dua meja. Empat baris ini menjadi empat kumpulan yang berbeza dalam pengasingan tahap penguasaan matapelajaran Matematik murid-murid Kelas Delima. Barisan pertama adalah kumpulan murid-murid cemerlang yang konsisten mendapat A dalam matapelajaran Matematik. Manakala barisan kedua adalah kelompok murid-murid yang sentiasa stabil dengan keputusan B. Diikuti pula oleh barisan ketiga yang diduduki oleh murid-murid yang seringkali mendapat markah C untuk subjek Matematik. Hujungnya barisan keempat, dikhaskan untuk murid-murid yang tercorot pencapaian mereka iaitu D,E,F dan Gagal sama sekali, memang geng-geng tak ada harapan lagi. Aku cukup rasa kasihan. Kasihan dengan diri sendiri, kerana barisan hujung itulah tempat aku. Mendapat keputusan D tidaklah memberi kesan malu pun, tapi untuk diasingkan menjadi geng-geng kelas bawahan, itu memang mental disorder . Tiap kali kelas Matematik je, nak angkat kepala memang segan, kalau boleh tanam kepala dalam meja macam ‘road runner’,memang dah lama aku tanam. Tak nak pandang muka cikgu. Tak nak bertentang mata dengan dia. Dalam barisan hujung ini, aku bernasib baik kerana ditempatkan disebelah kawan dari Kemboja.Seorang murid yang cemerlang, cemerlang dengan keputusan D nya. D yang paling tinggi dalam kumpulan kami. Memang tak ada siapa boleh challenge markah D nya. Kumpulan A pun tak mampu nak dapat D macam dia. Peluang ini, adalah satu motivasi positif buat aku untuk mengakui dia sebagai pakar runding dalam mendapat keputusan D paling tinggi. Cikgu bukan lagi rujukan aku. Kawanku ini menjadi rujukan bagiku tiap kali aku tidak faham. Betul atau salah, lantaklah. Tiba keputusan peperiksaan, aku mendapat markah yang melangkaui pakar rundingku ini, yakni cikgu level D aku. Aku mula mendapat C. Wah, hebat. Disebabkan aku telah melampau dalam pencapaian kumpulan D, cikgu mula pindahkan aku dan beberapa lagi kawan sebarisanku ke kumpulan C.Bagi sesiapa yang ditukar ke barisan C, memang satu kebanggaan. Kepada yang dipindah kepada barisan D, memang mental disorder. Cerita dari barisan C… Kegembiraan menduduki barisan C masih tidak mengubah diri ini untuk pandang muka cikgu, apatah lagi nak bertentang mata. Cikgu memiliki wajah tenang, bersahaja, cool lah katakan, tapi jauh sekali untuk digandingkan dengan Mat Kool. Sentiasa tersenyum. Senyumannya sukar untuk dilupakan, kerana senyuman raganya itu satu senyuman bara. Senyuman psiko. Dalam barisan C, aku masih lagi rasa rendah diri. Kenapa? C bukanlah markah memuaskan, apatah lagi ia bukanlah layak untuk mendapat kepujian. Bukanlah diri ini mengejar puji-pujian orang, tapi inginkan satu pengiktirafan. Cikgu tetap bukan menjadi rujukan aku. Nasib baik, dalam barisan C ini, aku ketemu seorang lagi pakar runding yang hebat. Pakar runding untuk markah C. Dialah yang berada disebelah aku. Banyak tunjuk ajar daripadanya untuk aku perbaiki markah C agar cemerlang sepertinya dalam tahap C. Pada aku dialah paling pintar. Tiba keputusan peperiksaan, sekali lagi aku menempah nama di persada ini, aku telah melangkaui pakar runding level C aku ini. Aku mula menjadi ‘ketua’. Keputusannya, aku mendapat B. Wah, hebat betullah. Tak sangkalah. Sungguh mengejutkanlah. Apa-apa ajelah. Sambungan Bahagian Akhir: [(D/D + C/D= DD+DC) + (B/B + A/B)= (PositifPurba)
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 01:55:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015