KATA KATA yg TAK pernah lapuk =) Sesungguhnya para pendokong - TopicsExpress



          

KATA KATA yg TAK pernah lapuk =) Sesungguhnya para pendokong dakwah berkemungkinan pada situasi tertentu berhadapan dengan beberapa pemikiran dan dakwah yang bertentangan dengan manhaj Jemaah yang berkat ini, khususnya melalui tiga marhalah yang berjalan secara seimbang, di atas alasan untuk lari dari cubaan dan halatan yang dihadapi oleh dakwah. Para pendokong dakwah hendaklah mengetahui bahawa pemikiran-pemikiran seperti ini tidak akan dapat melakukan pengislahan syumul yang diharapkan. Pengislahan sebenar mesti bermula dari mengislah individunya sendiri terlebih dahulu, kemudian rumahtangga Islam, menunjuk ajar masyarakat kepada ta’alim Islam dan ajaran-ajarannya, kemudian membebaskan tanahair, mengislah kerajaan-kerajaan sehingga memenuhi kehendak Islam sebenar, kemudian mengembalikan entiti antarabangsa umat Islam dan seterusnya menegakkan ustaziyyat al-alam (order baru dunia). Semua objektif-objektif besar ini menuntut para pendokong dakwah bergerak seiring dengan tiga marhalah tanpa mengabaikan keseimbangan kerana kesatuan amal, pertautan antara bahagian dengan bahagian yang lain memberi saham kepada kesinambungan kejayaan amal, kesuburan dan penyebarannya dalam segenap sudut kehidupan. Dah bnyk kali dgr,tp cmne kita nak buat ni? Ruhul Fityah Yaaser Hasbullah Izzudin Khairulannuar Ahmad Faiq Mukhtar Al Hafiz Azman
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 03:11:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015