KEBAIKAN SEKS UNTUK SUAMI YANG ISTERI PERLU TAHU: Khas untuk - TopicsExpress



          

KEBAIKAN SEKS UNTUK SUAMI YANG ISTERI PERLU TAHU: Khas untuk wanita yang bergelar isteri. Orgasme mencipta keajaiban bagi kesihatan dan kecantikan wanita, ia dapat mengurangkan kekejangan semasa haid, mengurangkan risiko diabetes, serta membuat rambut berkilauan dan kulit tegang. Tahukah wahai isteri bahawa seks banyak memberi kebaikan yang tak kalah bagi setiap lelaki yang bergelar suami. Kaji selidik menyatakan bahawa lelaki memikirkan tentang seks sebanyak 19 kali sehari. Alasannya sangat mudah, kelangsungan hidup lelaki sangat bergantung kepada keharmonian seks itu sendiri. Berikut adalah 7 rahsia kebaikan seks untuk suami yang isteri perlu tahu; 1. Menguatkan jantung Anda (wanita) membuat jantungnya berdebar-debar ketika menyaksikan keseksian anda. Menurut kajian dari Queens University di Belfast, lelaki yang melakukan seks tiga kali atau lebih dalam seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke. 2. Meningkatkan mood Saat-saat bersama menjaga hati amat diperlukan. Selain dapat menghilangkan stres akibat tekanan kerja dan meningkatkan harga diri, seks juga boleh menghilangkan kemurungan dengan melepaskan endorfin yang menciptakan perasaan selesa pada lelaki. 3. Tidur nyenyak Perasaan hati boleh menjejaskan kualiti tidur hingga boleh menimbulkan masalah berat badan. Salah satu cara agar si suami boleh tidur nyenyak, pastikan ia mendapat orgasme yang cukup. Orgasme melepaskan hormon oksitosin atau hormon cinta yang merupakan zat tidur, terutama bagi lelaki. Tak hairan ramai lelaki yang terus tertidur setelah melakukan hubungan kelamin. 4. Mengurangkan risiko kanser prostat Melakukan seks secara teratur dapat melindungi suami anda dari penyakit kanser di masa hadapan. Kajian National Cancer Institute mendapati lelaki yang mengalami rata-rata 21 ejakulasi per bulan mempunyai risiko 33 peratus lebih rendah terkena kanser prostat daripada mereka yang hanya 4-7 kali ejakulasi per bulan. 5. Penahan sakit Orgasme boleh jadi penahan sakit bagi para lelaki. Dalam sebuah kajian, 48 lelaki yang menghirup oksitosin dan kemudian ditusuk jarinya, ternyata tahap rasa sakitnya menurun sampai setengah. Hormon ini adalah ubat ajaib untuk mengurangkan sakit kepala, migrain, dan sakit belakang. 6. Tubuh fit Ingin melihat tubuh suami anda lebih berotot dan fit? Kenapa tak membentuknya di dalam bilik tidur? Selain mengurangkan lemak perut, sesi persetubuhan 30 minit boleh membakar 200 kalori. Untuk hubungan seks yang lebih sengit, malah dapat membakar sampai 413 kalori buat lelaki. 7. Awet muda Kajian menunjukkan berhubungan seks secara rutin membuat anda dan suami anda kelihatan lebih muda hingga 10 tahun. Sebuah kajian dari British Medical Journal mendapati bahawa lelaki yang mempunyai kekerapan orgasme tinggi mempunyai kadar kematian 50 peratus lebih rendah berbanding mereka yang jarang ejakulasi. Jadi seks bikan sekadar untuk melepaskan nafsu mengikut syarak, malah ia juga baik untuk anda dan suami anda.
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 02:39:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015