KEBODOHAN AZHAR IDRUS DALAM STRATEGI KETENTERAAN Kali pertama saya - TopicsExpress



          

KEBODOHAN AZHAR IDRUS DALAM STRATEGI KETENTERAAN Kali pertama saya terserempak dengan komen yang mementingkan negara orang tanpa menghiraukan kestabilan negara sendiri adalah daripada Encik Azhar Idrus di akaun Twitternya. Pendapat saya, komen sebegini memang bermotifkan politik kerana umumnya, kerajaan Malaysia lebih mementingkan peranan tidak menyerang negara orang walaupun apa jua cara sekalipun.Sejak Mohamad Morsi, bekas Presiden Mesir, digulingkan, Republik Arab Mesir sedang berada dalam keadaan yang tidak tenteram. Orang-orang Islam di banyak negara semakin ramai menunjukkan bantahan terhadap rampasan kuasa tersebut. Dalam media sosial Malaysia, keadaannya sedikit berbeza tetapi berhubungkait. Penyokong-penyokong pembangkang pada umumnya sedang menyerang kerajaan kerana tidak menghantar bantuan ketenteraan dan memainkan sentimen orang-orang Islam sedang disembelih dengan kejam.Dalam hal sebegini, Perang Saudara Syria dan Konflik Palestin (termasuk Gaza) turut dimainkan atas arena politik sahaja. Dalam logik fundamentalis dan radikal, adalah satu perkara yang wajib untuk mengisytiharkan perang walaupun jika negara kita hancur lebur, kerana menurut mereka, Allah tidak akan tanya menang atau kalah, tetapi buat atau tidak. Dalam kata lain, mengisytiharkan perang berskala penuh terhadap Mesir atau Syria atau Israel tanpa memberi perhatian tentang hasil peperangan tersebut. Ini merupakan tafsiran yang salah. Rasulullah SAW tidak akan meraih kemenangan besar di suku pertama Perang Uhud kalau bukan daripada strategi yang baik. Perang kerana Allah tetap kerana Allah, tetapi kita harus ingat, Allah akan membantu sesiapa yang membantu dirinya. Kita tidak boleh secara membabi buta menyerang negara orang tanpa strategi atau teknologi lengkap. Oleh itu, pencampuran agama dalam ekonomi tanpa mementingkan keutamaan ekonomi adalah satu perkara yang salah. 1. Latar belakang22 November 2012 merupakan tarikh apabila Morsi meraih penghormatan antarabangsa dengan gencatan senjata Gaza-Israel. Tetapi, tarikh tersebut merupakan tarikh yang sama apabila beribu-ribu rakyat Mesir membanjiri dalam tanda protes terhadap Morsi, sebaik sahaja Morsi mengumumkan pengisytiharaan sementara yang akan meletakkan beliau lebih tinggi daripada undang-undang [1]. Menteri Kehakiman beliau, Ahmed Mekki, sendiri membantah undang-undang tersebut oleh kerana elemen autokratiknya [2] dan menyerang Morsi kerana tidak melakukannya secara demokratik.Beliau juga menyelar pembangkang kerana kegagalan mereka untuk bekerjasama. Dan impak daripada protest tersebut menyebabkan pasaran saham Mesir kecundang sebanyak 9.5% atas alasan kerisauan atas ketidakstabilan [3].Pendapat saya, pengisytiharaan sementara tersebut merupakan pemangkin sahaja kepada penggulingan beliau. Kalau anda rujuk keadaan di Mesir secara sebenar, anda akan dapati bahawa punca utama yang membawa kepada penggulingan adalah dasar-dasar Islamisme daripada kerajaan Morsi oleh kerana partinya bersekutu dengan gerakan Ikhwanul Muslimin. Seorang penulis, Eric Leif Davin, ada mengatakan bahawa fundamentalisme merupakan punca kejatuhan beliau [4].Rakyat Mesir sebenarnya berprinsipkan sederhana, bukannya fundamental. Golongan yang bersekutu dengan Angkatan Tentera adalah liberal [5] [6], nasionalis [7], pihak berhaluan kiri [8] [9] dan pihak sekular [10] [11]. Punca kenapa tentera masuk campur dalam protes ini akan dijelaskan. Komitmen Morsi dalam kepentingan Islamisme didokong oleh Ikhwanul Muslimin turut menjadi persoalan. Sebagai mana kita tahu, Islamisme tidak akan bertolak ansur dengan Israel sehinggalah Israel menghentikan segala malapetaka yang dihentamkan di Palestin dan ada juga yang menuntut Israel agar mengembalikan tanah yang kini menjadi wilayah Israel kepada rakyat Palestin. Walaupun Morsi berjaya menubuhkan perjanjian gencatan senjata [12] tetapi, semasa tempoh Morsi sebagai presiden, Yaakov Amitai tetap menjadi Duta Besar Israel ke Mesir, sehinggalah kini. Morsi turut meminta sokongan dana daripada Pertubuhan Kewangan Antarabangsa [13] untuk mengukuhkan semula ekonomi Mesir selepas revolusi Mubarak.Dari sudut pentadbiran juga, Morsi ada kepincangannya. Perlantikan Adel el-Khayat (kini sudahpun letak jawatan) sebagai Gabenor Luxor [14] merupakan satu kesalahan yang tidak boleh diterima oleh sesiapapun kerana penglibatan el-Khayat sebagai ahli Gamaa Islamiya, yang bertanggungjawab dengan pembunuhan beramai pada tahun 1997 [15]. Dan ada pelbagai kesilapan dari sudut ekonomi, tetapi kita tidak boleh menyalahkan Morsi kerana baru setahun beliau menerima kerajaan yang hancur.Segalanya bermula daripada sebuah petisyen yang bertujuan untuk mengumpul 15 juta tandatangan sebelum 30 Jun, 2013. Tetapi kempen tersebut menerima 22 juta tandatangan melalui media sosial [16]. Daripada sini, kesan buruk demokrasi mula membangun dengan cara protes yang besar. Dua hari sebelum Morsi digulingkan, Angkatan Tentera telah mengarahkan beliau untuk menyelesaikan kemelut politik ini dalam masa dua hari atau mereka akan masuk campur, dimana Morsi berkata beliau tidak tahu akan arahan ini [17] dan tidak akan meletakkan jawatan [18].Penggulingan Morsi oleh kerana undang-undang diktator, kronisme, kesilapan politik dan tunjuk perasaan adalah satu perkara yang melanggar hukum demokrasi. Melepaskan tembakan peluru hidup melanggar semua hukum kemanusiaan tidak kira agama atau budaya, tetapi untuk bercakap tentang demokrasi, petisyen 22 juta tersebut perlu diambil kira, tetapi hanya jika Morsi menang pilihanraya seterusnya dengan kemenangan yang mencurigakan sahaja.2. StatistikSecara statistic, saya akan menyentuh tentang jarak dua negara ini, sedikit tentang taburan geografi dan kebudayaannya, dan lebih terperinci tentang kekuatan tenteranya.Angkatan Tentera Mesir terdiri daripada Tentera Darat, Laut, Udara dan Angkatan Pertahanan Udara, manakala kerajaan-kerajaan Malaysia pula membentuk dasar pertahanan dengan ketiadaan Angkatan Pertahanan Udara. Amat penting untuk kita cernakan dasar-dasar kerajaan yang diambil untuk tentera untuk membentuk sebuah ruangan kepada agenda pengisytiharaan peperangan.Walaupun tentera Malaysia didaftar sebagai Angkatan Tentera (bukan Pasukan Pertahanan), dasar-dasar yang diambil lebih kepada prinsip pertahanan dan keadaan geografi negara yang telahpun dikuasai tentera Malaysia semestinya berlainan dengan keadaan geografi di Mesir. Secara ekonomi pula, Malaysia sedang ditadbir dengan sebuah program sosioekonomi sosialis yang diperkenankan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara Melayu dan yang lain. Penglibatan secara terus dalam sebuah peperangan sudah tentunya akan memberi kesan buruk kepada kebaikan program sosioekonomi ini, kerana Melayu masih lagi tidak mempunyai kebolehan untuk berdaya saing, dan sudah tentunya, perkara pertama yang perlu dibuat untuk persediaan peperangan berbentuk serangan adalah, penghapusan program ini dan penarikbalikan segala subsidi kerajaan. Untuk memahami kesan buruk yang saya maksudkan, anda perlu merujuk bajet Amerika Syarikat, yang direkod sebagai bajet defisit satu trillion dolar [19], dan secara kasarnya, AS$680bilion dibelanjakan kepada peperangan [20]. Kos Perang Iraq dan Afghan kini mencecah AS$1.4trillion [21].Dari sini, anda boleh saja memahami impak kewangan kepada negara pengisytihar. Amerika Syarikat menang dalam kedua-dua peperangan tersebut dan mudah untuk kita terima bahawa Amerika Syarikat akan meraih untung daripada minyak negara Iraq.Tetapi, apa yang akan berlaku jika negara pengisytihar tewas? Empayar Jerman, termasuk dengan Gabungan Kuasa Tengah, telah ditewaskan dalam Perang Dunia Pertama, yang menyaksikan kemenangan Angkatan Bersekutu. Tetapi pada hari ini, ekonomi Persekutuan Republik Jerman merupakan yang paling kuat di seluruh Eropah. Kejayaan ini terhasil daripada pemikiran dan perancangan berdekad, tetapi turut mengheret mereka masuk ke kancah krisis Zon Eropah. Tetapi ekonomi Jerman tetap dikagumi ramai. Dua kekalahan dalam dua perang dunia, masih lagi pemain utama. Dengan 82juta rakyat, Jerman mempunyai KDNK sebanyak AS$3.4trilion. Walaupun dengan adanya keutuhan ekonomi sebegini, anda perlu sedar bahawa baru sahaja Jerman berjaya melangsaikan hutang Perang Dunia Pertama, sebuah pembayaran yang berjalan hampir selama 100 tahun lamanya [22].Berperang dengan Mesir merupakan serangan membunuh diri, terutamanya apabila pemimpin menggunakan tentera berprinsipkan pertahanan. Peringkat awal untuk memulakan peperangan adalah perbelanjaan melampau, dan bukankah pembangkang yang semakin bersuara dengan dangkalnya tentang kenaikan hutang negara [23]?Perkembangan ketenteraan akan memakan masa yang lama. Sebuah angkatan tentera laut seperti kapal-kapal tempur, kapal-kapal selam dan sebagainya sebenarnya perlu mengiringi kapal-kapal pengangkut anggota dan kenderaan. Memandangkan dunia berada dalam keadaan krisis, perkembangan secara drastik menambah lagi defisit dalam perbelanjaan. Dan pada masa yang sama, pihak Pentagon pun akan berasa sangsi akan perbelanjaan dan perkembangan ketenteraan yang besar. Apa akan berlaku kalau Pentagon menghantar pasukan SEAL untuk menjalankan misi sabotaj? Kejayaan mereka akan menyebabkan sistem kewangan kita runtuh. Hutang akan memuncak. Ekonomi kita akan hancur lebur. Apakah puak fundamentalis dan radikal memikirkan tentang hal ini sebelum berhujah secara dangkalnya?Tentera Laut MesirTentera Mesir mempunyai kapal selam lebih banyak berbanding angka Kelas-Scorpene kita, dan sudah tentunya komander kapal tersebut lebih mengetahui perairan mereka berbanding komander kita. Jadi, sebelum komander kita mampu menghidu bangkai Firaun, sudah tentunya kapal selam mereka akan menunggu secara senyap. Sehingga kini, Mesir mempunyai empat Kapal Selam 663 (Kelas-Romeo) dan sedang membina Kapal Selam Jerman, Type-209 [24].Secara statistik, mereka mempunyai:• Kapal selam 663 (Kelas Romeo)– 4• Kapal selam Type 209 – 2• Oliver Hazard Perry-class frigates – 4• Knox-class frigates – 2• Najm-el-Zapher-class frigates – 2• Korvet kelas El-Suez – 2Ada banyak lagi kapal-kapal yang tidak diberitahu, tetapi ideanya mudah kerana senarai inilah yang bakal menanti untuk membelasah harimau laut Malaysia. Pembelian kelas-Scorpene sememangnya satu tindakan yang bijak untuk mengutuhkan pertahanan negara secara senyap. Tetapi, kapal selam ini terlalu mahal untuk kita hilang, dan kita baru ada dua sahaja. Sudah tentunya satu sahaja yang boleh digunakan untuk peperangan dan satu lagi perlu disimpan untuk pertahanan. Jadi, apakah fundamentalis dan radikal berfikir sejenak untuk memberi jawapan bagaimana sebuah kapal selam mampu menewaskan enam lagi kapal selam?Tentera Udara MesirTahukah anda bahawa negara kita tidak mempunyai helikopter tempur, dan Mesir mempunyai banyak dari segi bilangan, 18 daripadanya diberikan keutamaan untuk menyerang kapal selam? Inventori Mesir dimodenkan dengan helikopter seperti Apache untuk memberi serangan bertubi-tubi daripada udara ke darat. Secara mudahnya, Apache mampu terbang di udara Angkatan Tentera Laut kita untuk memberikan tekanan drastik kepada askar kita.Semasa Perang Vietnam, tentera Amerika Syarikat menggunakan jet pejuang F-4 Phantom II untuk memberi bedilan udara seperti bom napalm sebagai contoh. Pada hari ini, Ketenteraan Mesir memiliki lebih kurang 32 dari segi bilangan. Dan mereka juga mengutamakan keunggulan aeroangkasa dengan Jet Pejuang Pelbagai Fungsi (MRCA), yang mempunyai teknologi avionik yang canggih dan radar yang mampu menampung gangguan cuaca. Untuk memintas serangan udara tentera Malaysia, Tentera Mesir mempunyai pelbagai jet pejuang pemintas seperti, Mirage (Perancis) dan Chengdu (China), termasuk MiG-21 (Soviet). Oleh itu, sememangnya satu misi bunuh diri untuk Malaysia jika ingin melancarkan serangan keatas Mesir. Menang atau kalah, peluang Malaysia untuk menderita dengan keruntuhan ekonomi adalah tinggi kerana:1) Malaysia perlu membuat penyelidikan mendalam dari segi tinjauan dan intipan untuk memahami geografi Mesir.2) Kekuatan bilangan tentera Malaysia sememangnya jauh lebih lemah berbanding Mesir.3) Prinsip Angkatan Tentera Malaysia yang berteraskan pertahanan perlu diubah, yang akan menelan perbelanjaan yang tinggi – satu projek yang tidak mampu dilancarkan dalam masa setahun.Mesir pula sedang berbangga menanti dengan:1. F-4 Phantom II (Pejuang/Pengebom) – 322. F-16 Fighting Falcon (MRCA) – 2403. Mirage Kelima (Pemintas) – 534. Mirage 2000 (MRCA) – 185. MiG-21 (Pemintas) – 12 (63 secara keseluruhan)6. Chengdu J-7 (Pemintas) – 577. AH-64 Apache (Helikopter Penyerang) – 478. UH-60 Black Hawk (Serang/Bantu) – 309. Sea King (Helikopter Pemburu Kapal Selam) – 510. SH-2G Super Seasprite (Helikopter Pemburu Kapal Selam) – 13Perkakas untuk Peperangan Elektronik dan juga angkatan UAV sebenarnya tidak termasuk dalam statistic. Bilangan F-16 sudahpun cukup untuk menghancurkan skuad-skuad Malaysia kerana mereka mempunyai bilangan sebanyak empat kali ganda. Malaysia pula hanya mampu mencapai jumlah keseluruhan sebanyak 62 sahaja, dengan:1) Sukhoi Su-30 (MRCA) – 182) Mikoyan MiG-29 (akan diberhentikan perkhidmatan dan digantikan*) – 103) Boeing F/A-18 Hornet (tanpa kod sumber**) – 84) BAE Hawk M.208 (Jet Pejuang Ringan) – 135) Northrop F-5 Tiger II (Peninjau) – 13*Sebelum 2015, Malaysia sedang berusaha untuk menggantikan MiG-29 dengan Sukhoi Su-30, JaS-39, F/A-18 Super Hornet, Dassault Rafale atau Eurofighter Typhoon [25].** Jet-jet F/A-18 Hornet diberitahu bahawa Malaysia memilikinya tanpa kod sumber, maksudnya pelancarannya memerlukan persetujuan kelulusan Amerika Syarikat [26].Tanpa helikopter penyerang, mampukah Malaysia menyerang kebesaran Mesir?Tentera Darat MesirCabang perkhidmatan ini dikenali sebagai cawangan yang paling besar dalam Angkatan. Mereka mempunyai inventori (bilangan dalam kurungan) seperti:1) M1 Abrams (1,000+)2) M60A3 Patton (1,000+)3) T-80 (34)4) Ramses II (425)5) T-62 (500)6) T-55 (340)Apakah golongan fundamentalis dan radikal yang dangkal berfikir bagaimanakah Kereta Kebal Tempur Utama Malaysia (PT-91M) yang hanya sebanyak 48 sahaja mampu berlawan secara selamat dengan angka yang menakutkan ini? Pemilikan 21 FV101 Scorpion pun tidak akan menambahkan peluang untuk memenangi serangan bertubi-tubi Mesir.Malaysia perlu menghancurkan kereta kebal Mesir menggunakan senjata-senjata biasa sahaja, dan apa-apa serangan udara akan dipintas oleh Tentera Udara Mesir dengan mudahnya. Itupun serangan bawahan sebenarnya sangat susah kerana Mesir memiliki helikopter penyerang yang banyak. Mesir mempunyai kenderaan berperisai yang mencecah angka ribuan juga, dan untuk pengetahuan anda, enam jenis kereta kebal tidak perlu dihantar untuk memusnahkan kereta kebal Malaysia, kerana Mesir mempunyai Kenderaan Pemusnah Kereta Kebal, dan angka kenderaan ini juga hampir sama dengan PT-91M Malaysia.JarakKita perlu faham Mesir sedang memerangi sebuah krisis di benua yang berbeza. Udara, Lautan atau Darat, jarak antara Malaysia dan Mesir sebenarnya mencecah angka ribuan juga. Kalau menggunakan jalan darat, tentera Malaysia perlu menempuh 11,000 kilometer jauhnya, melalui negara seperti Thailand, Myanmar, India, Pakistan, IRAN, Iraq, Saudi Arabia, Jordan, dan akhirnya ISRAEL atau dari Saudi Arabia boleh menyeberang Laut Merah (entah bagaimana). Republik Syiah Iran dan Negara Israel adalah dua kedaulatan yang dibenci oleh Malaysia oleh kerana pengaruh Syiah dan konflik Palestin-Israel. Jadi penghantaran kumpulan peperangan mampu memberi impak kebudayaan kepada kerajaan Malaysia, dan untuk masuk dalam wilayah-wilayah yang dikatakan, Malaysia perlukan satu perjanjian untuk mengelakkan kemelut antarabangsa, atau lebih teruk, pengisytiharaan rasmi pencerobohan. Saya tidak perlu memberitahu anda jumlah keseluruhan dan teknologi tentera setiap negara tersebut, yang Amerika Syarikat sendiri mampu hancur kalau berperang pada masa yang sama.Menubuhkan sebuah perjanjian juga akan menuju ke jalan mati, kerana untuk memudahkan proses, Malaysia juga perlu Kedutaan Besar Israel di Malaysia. Tambahan pula, destinasi akhir (Mesir) sememangnya mudah ditekap melalui perjanjian akhir, dan Malaysia pula perlu membiayai kos pemantauan kepada setiap negara. Kos harga minyak pun akan mencengkam ekonomi Malaysia dengan teruk.Kalau semua sudahpun jelas, Mesir akan menunggu dengan semua persediaan dibuat. Impak peperangan ini akan mencetuskan penghinaan antarabangsa kerana Malaysia menempuh beribu-ribu kilometer hanya untuk dimusnah pada awal serangan balas.Untuk menyerang secara udara pula akan mencengkam Malaysia lagi. Malaysia tidak mempunyai kapal pengangkut. Jadi, besar kemungkinan Malaysia perlu menubuhkan satu lagi perjanjian dengan negara lain untuk menggunakan pangkalan udara mereka atas tujuan pengisian minyak. Malaysia juga tidak boleh melancarkan serangan dari domestik terus ke Mesir kerana Malaysia perlukan negara bersekutu di Timur Tengah untuk pengawasan, penyelenggaraan, dan pembaikan, dan tidak lupa, Malaysia perlu menyeberangi beberapa ruang udara seperti India, Oman dan Arab Saudi.Oleh itu, keputusan kritikal sebegini hanya kerana persepsi orang Islam sedang dibunuh adalah tidak relevan sama sekali, kerana peperangan dua-negara juga boleh mengundang pembunuhan beramai-ramai lagi. 3. KonklusiSetahun selepas kemenangan presiden, Jeneral Abdul Fatah el-Sisi menggulingkan Morsi kerana kegagalan beliau untuk mengikut arahan. Protes-protes pro-Morsi pula telah bercambah menjadi demonstrasi.Ini adalah kemelut dalaman Mesir. Mencetuskan peperangan dengan Mesir akan mengeruhkan lagi keadaan. Saya bersetuju dengan pendapat Rusia dalam isu Syria, biarkan rakyat mereka selesaikan masalah mereka tanpa campurtangan antarabangsa yang akan mengundang pelbagai kemelut lagi. Dan apa yang Presiden Vladimir Putin kata adalah benar, kerana sudahpun ada suara yang mengatakan Amerika Syarikat akan menyerang Syria [27]. Anda boleh janjikan kepada saya tiada nyawa Sunni akan hilang dalam serangan mereka? Hanya kerana Amerika Syarikat dan Eropah sedang membantah tindakan Bashar al-Assad, anda lupa apa yang Amerika Syarikat telah lakukan kepada Iraq dan Afghanistan?Penyelesaian yang mampu membuahkan hasil adalah penghentian demonstrasi pro-Morsi dan pengadaan perbincangan dengan kerajaan sementara sekarang untuk membebaskan Morsi dan biar beliau habiskan saki-baki tempoh demokrasi beliau. Peperangan akan mengundang pelbagai masalah lagi. Rakyat Mesir tetap bersyahadahkan Islam, jadi bukankah kita akan membunuh saudara kita sendiri hanya kerana perbezaan pelaksanaan politik? Sedangkan al-Quran sendiri menyuruh kita supaya melaksanakan perbincangan [28] [29].Golongan yang menyuruh kita berperang juga merupakan golongan daripada parti PAS. Bukankah PAS ingin melaksanakan dasar-dasar Islam? Dalam isu seperti pergi berperang dengan Israel dan Syria, situasinya tetap akan berakhir dengan hasil yang lebih kurang. Pengisytiharaan peperangan terhadap Israel mungkin akan menerima sokongan antarabangsa dari Palestin dan negara-negara Timur Tengah. Tetapi, ini juga akan merosakkan hubungan kita dengan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) termasuk Kesatuan Eropah. Dan peperangan dengan mereka akan menghancurkan Malaysia.Dalam Perang Saudara Syria, serangan udara tetap akan menjadi kerja yang rumit kerana Angkatan Tentera Malaysia tidak mempunyai kapal pengangkut. Pengubahan prinsip ketenteraan juga akan membawa pelbagai masalah. Latihan di kawasan padang pasir juga diperlukan untuk menempuh situasi udara dan geografi, dan kawasan akhir yang hanya boleh dijadikan destinasi Tentera Laut adalah wilayah Tartus dan Latakia sahaja.Pada masa yang sama, pihak Mesir, Israel, Lubnan dan Cyprus turut akan mengalami kerisauan akibat kewujudan tentera negara lain. Tetapi kalaulah Angkatan Tentera Malaysia tiba di Syria untuk memberi serangan, persoalannya, dari mana mereka boleh dapat bantuan penyelengaraan dan pembaikan? Mungkin Anwar Ibrahim boleh janjikan kepada mereka. Sekurang-kurangnya ada juga fungsi orang tua dangkal ini.RUJUKAN:1. egyptindependent/news/morsy-issues-new-constitutional-declaration2. bostonglobe/news/world/2012/11/26/egypt-government-shows-rift-over-morsi-decree/ig8fRNgkfMhBY0zmG1xIGN/story.html3. usatoday/story/news/world/2012/11/25/egypt-unrest/1725163/4. dailynewsegypt/2013/03/02/al-wafd-repeats-commitment-to-boycott/5. post-gazette/stories/opinion/letters/many-egyptians-could-no-longer-tolerate-morsi-700419/6. thestrugglefortheworld.wordpress/2013/07/01/thoughts-on-june-30th-tamarod-and-the-future-of-liberal-democracy-in-egypt/7. marahouseluxor/is-the-world-afraid-of-egyptian-nationalism/8. irishtimes/news/world/africa/thousands-flood-egypt-s-streets-to-protest-against-morsi-1.14480929. socialistworker.co.uk/art/33754/Egypts+Revolutionary+Socialists+call+for+general+strike+until+the+fall+of+the+regime10. al-monitor/pulse/originals/2013/04/egypt-secularism-protesters-identity-cards.html11. dailynewsegypt/2013/04/21/my-religion-is-none-of-your-business-campaigning-against-division/12. theglobeandmail/commentary/with-gaza-ceasefire-egypts-morsi-becomes-a-serious-player/article5547816/13. ft/cms/s/0/f2376bea-d0fc-11e2-a3ea-00144feab7de.html#axzz2cmGH0ohA14. theguardian/world/2013/jun/17/morsi-appoints-islamist-governor-luxor15. wrmea.org/wrmea-archives/191-washington-report-archives-1994-1999/january-february-1998/2814-egyptian-government-continues-to-blame-west-for-iiis-after-luxor-massacre-.html16. huffingtonpost/2013/06/29/anti-morsi-petition_n_3521595.html17. youtube/watch?v=0Krv86Ny3DA18. youtube/watch?v=NSuW1G_pkLA19. nytimes/2012/10/13/business/federal-deficit-for-2012-fiscal-year-falls-to-1-1-trillion.html?_r=020. statista/statistics/262742/countries-with-the-highest-military-spending/21. costofwar/22. dailymail.co.uk/news/article-1315869/Germany-end-World-War-One-reparations-92-years-59m-final-payment.html23. tradingeconomics/malaysia/government-debt-to-gdp24. egyptdefence/tag/type-209-submarines/25. defenseupdates.blogspot/2013/03/malaysia-wants-to-buy-18-fighter.html26. chedet(dot)cc/?p=102027. cbsnews/8301-18563_162-57599944/u.s-preps-for-possible-cruise-missile-attack-on-syrian-govt-forces/28. quran/3/15929. quran/42/38 Kredit: penaminang.blogspot ~albanjari
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 13:10:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015