KEDUDUKAN PRESIDEN MESIR, DR MURSI SAH DAN TERPELIHARA DARI SUDUT - TopicsExpress



          

KEDUDUKAN PRESIDEN MESIR, DR MURSI SAH DAN TERPELIHARA DARI SUDUT PERLEMBAGAAN & UNDANG-UNDANG Asyraf Imran, Aggota Majlis Tertinggi Parti Amal menegaskan bahawasanya kedudukan Dr Mursi dalam tampuk pemerintahan hari ini adalah sah dari sudut perlembagaan dan undang-undang. Tidak ada seorang pun yang boleh mengingkari dan melangkauiya. Beliau telah mengatakan sedemikian ketika himpunan di Medan Rabaah semalam, bahawa rakyat telah memilih Dr Mursi utk menerajui Mesir dalam tempoh 4 tahun dan perkara tersebut menepati dengan apa yang digariskan dalam perundangan. Ada pun apa yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak untuk menjatuhkan Mursi merupakan kerja yang sia-sia, dan tidak mungkin Presiden pilihan rakyat itu dapat dijatuhkan melainkan dengan Kuasa Majlis Senat dan Menepati undang-undang yang digariskan dalam perlembagaan.,
Posted on: Sun, 30 Jun 2013 07:29:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015