KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR MUSLEH KELIMA 2013 5th - TopicsExpress



          

KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR MUSLEH KELIMA 2013 5th MUSLEH INTERNATIONAL STUDENTS DEBATING CHAMPIONSHIP 2013 PERTUBUHAN IKRAM MALAYSA (IKRAM) dan MUSLEH BHD akan menganjurkan Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH Kelima (5th Musleh International Student Debating Championship 2013) pada 26hb Jun hingga 29hb Jun 2013 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kejohanan empat hari ini dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE). Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II pada hari Sabtu bersamaan 29hb Jun 2013 pukul 2.30 petang. Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat pendakwah dan pemidato dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di samping membudayakan mereka berhujah berdasarkan fakta dan bertukar pandangan secara rasional, berhikmah dan beradab. Kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan perdebatan dengan sempurna. Kejohanan ini juga akan menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman di antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau. Seratus sepuluh (110) buah pasukan daripada sekolah-sekolah di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Gaza dan Qatar akan berdebat atas tema-tema yang berkaitan politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan. Kejohanan ini dibuka kepada tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kejohanan ini berdasarkan format debat ala-Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem “power match” berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan-pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa. Sila layari blog kejohanan di muslehdebate dan Fb: Ikram-Musleh untuk maklumat terkini. Sila berhubung dengan Ust Amin di talian +60192687058 untuk maklumat lanjut. Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum untuk turut hadir menyaksikan kehebatan pendebat-pendebat beraksi. Pihak penganjur juga mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil media bagi membuat liputan sepanjang kejohanan berlangsung dan semasa majlis perasmian penutup oleh oleh Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II. Prof Dr Omar Yaakob Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM
Posted on: Tue, 25 Jun 2013 03:35:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015