KELAYAKAN AHLI GABUNGAN Untuk menjadi seorang Ahli Gabungan, - TopicsExpress



          

KELAYAKAN AHLI GABUNGAN Untuk menjadi seorang Ahli Gabungan, serahkan Permohonan Ahli Gabungan Bebas atau lengkapkan borang pendaftaran dalam talian. MANFAAT AHLI GABUNGAN Tapak Web Ahli Gabungan Yang Diperibadikan dan Pejabat Maya Ahli Gabungan: Sebagai seorang Ahli Gabungan, anda akan menerima Sistem Sokongan Ahli Gabungan selama setahun, yang termasuk Tapak Web Ahli Gabungan yang diperibadikan dan akses kepada Pejabat Maya Ahli Gabungan anda. TAWARAN PEK PENGENALAN PRODUK PILIHAN Pek Pembina nilai istimewa dapat membantu Ahli Gabungan baharu mendapatkan pendedahan kepada produk Isagenix secepat yang mungkin. Meskipun tiada pembelian produk diperlukan untuk menjadi seorang Ahli Gabungan, perniagaan anda mungkin akan berkembang dan berganda dengan lebih cepat jika anda merupakan seorang pengguna produk yang berpuas hati dan mempunyai produk dalam tangan untuk dikongsi dengan orang lain. Kami syorkan anda memilih Pek Pembina yang paling sesuai dengan matlamat dan keperluan perniagaan anda. KEUNTUNGAN RUNCIT Sebagai Ahli Gabungan, anda boleh memesan produk pada kos borong (biasanya kurang 33 peratus daripada harga runcit) terus daripada Isagenix dan menjual semula kepada pelanggan anda pada harga runcit. Hal ini membolehkan anda memperoleh keuntungan sehingga 50 peratus atas produk yang dijual daripada inventori anda. KEUNTUNGAN LANGSUNG RUNCIT Sebagai seorang Ahli Gabungan, anda juga boleh membenarkan Pelanggan memesan terus produk daripada syarikat melalui Tapak Web Ahli Gabungan anda dan memperoleh Keuntungan Langsung Runcit. Keuntungan ini dikira dan dibayar kepada anda secara mingguan dengan menolak harga borong dan bayaran pentadbiran sebanyak USD$4.95 daripada Harga Runcit Cadangan. Volum Perniagaan (BV) daripada sebarang Jualan Langsung Runcit 100 BV atau lebih dianggap sebagai Volum Peribadi (PV). Sebarang Volum Lebihan (lebih daripada 100 PV) akan dikreditkan kepada Pasukan Jualan Volum Kecil pada masa pembelian, yang dapat menghasilkan Volum Bonus Pasukan tambahan. BONUS PENGENALAN PRODUK Anda layak memperoleh Bonus Pengenalan Produk (PIB) sekiranya Ahli Gabungan Yang Anda Daftarkan Sendiri memilih untuk memesan satu atau lebih Pek Pembina pilihan syarikat secara terus daripada Isagenix pada masa pendaftaran. Nota: Semua pesanan semula dan Autopenghantaran tidak layak mendapat Bonus Pengenalan Produk (PIB).
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 17:54:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015