KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI - TopicsExpress



          

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA Bagi Minggu 27/2013 (30 Jun hingga 6 Julai 2013) Sehingga kini, sejumlah 13,483 kes kes Denggi telah dilaporkan diseluruh negara meningkat sebanyak 11 % (1,325 kes) berbanding 12,158 bagi tempoh yang sama tahun 2012. Bagi minggu ke-27, sebanyak 625 kes dilaporkan berbanding dengan minggu 26 (715 kes). Jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga kini adalah sebanyak 27 kematian, meningkat sebanyak 2 kematian ( 8%) berbanding 25 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2012. Sehingga minggu ke-27, sejumlah 147 lokaliti wabak dilaporkan di 12 negeri iaitu 79 lokaliti di Selangor, 27 lokaliti di Johor, 15 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, masing-masing (tiga) 3 lokaliti di Perlis dan Sarawak, masing-masing dua (2) lokaliti di Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka serta masing-masing satu (1) di Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan. Sebanyak 61 lokaliti wabak baru diisytiharkan sepanjang minggu ini. Sementara itu, sebanyak 63,168 premis telah diperiksa diseluruh negara dengan 942 premis didapati mempunyai pembiakan Aedes. Terdapat Lima (5) lokaliti Wabak Tak Terkawal dan empat (4) lokaliti Hotspot dilaporkan pada minggu ini. Lokaliti Wabak Tak Terkawal ini terletak di Seksyen 2 Shah Alam, 2 PJS 8 Mentari Court 1, PJS 8 Mentari Court 2, PJS 7 (Flat Kos Rendah) dan Saujana Puchong SP 7 di daerah Petaling manakala empat (4) lokaliti hotspot ialah di Jalan Bukit Permai di Hulu Langat, 1-5 Taman Bukit Permai, Seksyen 7E B Shah Alam, Seksyen U2 (Pangsapuri Ilham) dan PJS 10 Kondo Ridzuan di daerah Petaling.
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 07:57:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015