KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT 8 HB FEBRUARI - TopicsExpress



          

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT 8 HB FEBRUARI 2014 Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengadakan mesyuarat bulanannya semalam, Jumaat 7 hb Februari 2014, jam 8 mlm bertempat di Pejabat Agong PAS, Kuala Lumpur. Antara keputusan-keputusan penting mesyuarat adalah seperti berikut; 1. Mesyuarat sebulat suara melantik Dato Ustaz Hj Nik Muhammad Zawawi Saleh sebagai Pemangku Naib Ketua dan YB Ustaz Hj Nasruddin Hassan Tantawi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja selaras dengan peruntukan Perlembagaan PAS (Pindaan 2011). 2. Dewan Ulamak PAS Pusat mengalu-alukan keputusan Lajnah Politik PAS Pusat sepertimana kenyataan Presiden bahawa PAS Pusat dan PAS Selangor akan membantu PKR dalam PRK Kajang berdasarkan keperluan. 3. Dalam masa yang sama Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa tindakan PKR yang membuat keputusan sendiri sehingga terjadinya PRK Kajang tanpa konsensus bersama PAS dan DAP terlebih awal adalah satu kesilapan yang mesti dijadikan pengajaran dan tidak patut berulang. 4. Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan bahawa isu Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan dalam PRK Kajang dan kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada. 5. Dewan Ulamak juga merekodkan penghargaan di atas jasa-jasa Allahyarham Tuan Guru Dato Hj Harun Taib dalam mengemudi kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat dari tahun 1995 -2007 dan 2009 - 2014. YB DATO DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat 8 Safar 1435/ 8 Februari 2014
Posted on: Sat, 08 Feb 2014 05:18:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015