KENYATAAN MEDIA MITI KERAJAAN MALAYSIA MENGUATKUASAKAN AKTA - TopicsExpress



          

KENYATAAN MEDIA MITI KERAJAAN MALAYSIA MENGUATKUASAKAN AKTA PELINDUNG (PINDAAN) 2012 Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Akta Pelindung (Pindaan) 2012 bermula daripada 1 September 2013. Akta ini merupakan pindaan kepada Akta Pelindung 2006 (Akta 657) yang sedia ada. Akta Pelindung 2006 (Akta 657) merupakan suatu Akta yang digubal bagi membolehkan Malaysia mengambil tindakan pelindung bagi menjaga kepentingan industri tempatan dari kemudaratan serius yang disebabkan oleh kenaikan import produk di bawah penyiasatan secara mendadak serta membantu melaksanakan tindakan penyesuaian bagi industri tempatan yang terjejas selari dengan Perjanjian Pelindung Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO Agreement on Safeguards). Pada masa ini, Akta Pelindung 2006 hanya membenarkan Malaysia menjalankan penyiasatan dan mengenakan duti pelindung secara global, iaitu ke atas semua import produk di bawah penyiasatan, tanpa mengira negara sumber dan tanpa diskriminasi. Akta Pelindung (Pindaan) 2012 ini membolehkan Malaysia mengambil tindakan pelindung secara dua hala atau serantau berdasarkan peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia.
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 03:04:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015