KES BURMA:GENOSID 8 PERINGKAT JENAYAH GENOCIDE ATAU PRMBUNUHAN - TopicsExpress



          

KES BURMA:GENOSID 8 PERINGKAT JENAYAH GENOCIDE ATAU PRMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI: 1.KLASIFIKASI(CLASSIFICATION)=Pemisahan taraf di antara kaum,,kita dan mereka,,Jeman dan Jew, Hutu dan Tutsi dan sebagainya.Di Burma ini TELAH dan SEDANG berlaku. 2.(SYMBOLIZATION)MEMBEDAKAN KAUM ATAS DASAR PARAS RUPA ATAU TANDA-TANDA-TANDA TERTENTU:Segala bentuk diskriminasi berdasarkan kepada tanda-tanda yang mewakili kaum tertentu. Contohnya lambang 969 untuk kaum Buddha dan 786 untuk kaum Muslimeen di Burma dan 969 secara terbuka menghina penganut agama Islam. 3.(DEHUMANIZATION) PENGHINAAN OLEH PENYERANG:Rakhine bukan sahaja menghina kaum Msulim Rohingya di Burma dan juga Rakhine ENGGAN menerima KEWUJUDAN kaum etnik Rohingya walau sebagai manusia yang setaraf dengan bangsa Rakhine. Rohingya disamakan dengan binatang dan Rakhine menggunakan media cetak untuk propaganda memalukan dan menghina bangsa Rohingya itu. 4.(ORGANIZATION TO COMMIT GENOCIDE) USAHA SEBUAH ORGANISASI YANG MERANCANG GENOSID:Rakhine telah mewujudkan pertubuhan politik( RNDP=Rakhine national Development Party) dan pertubuhan bersenjata (ALP=Arakan Liberation Party) untuk membunuh kaum Rohingya secara beramai-ramai dan segala perancangan telah dilakukan lebih awal sebelum dimulakan pembunuhan itu. 5.(POLARIZATON OF GENOCIDE) POLARISASI UNTUK JENAYAH GENOSID:Penyerang menubuhakan kumpulan dan unit untuk jenayah ini dan juga mengugut dan menyerang sesisapa pun yang tidak setuju dengan jenayah ini. yang mengkritik, menyiasat, menegur sapa, membela mangsa dan sebagaimya. Wakil UNHCR bagi kes Myanmar sendiri telah diserang baru-baru ini. 6.(PREPARATION FOR GENOCIDE) PERSEDIAAN LENGKAP UNTUK MELAKUKAN GENOSID:Pelaku akan menjejaki mangsa atau sasaran terlebih dahulu dan akan menyerang mengikut LAMBANG perkauman seperti bendear 969 di gantung di rumah kaum Buddha, harta benda mangsa akan dibakar dirampas, dirompak dan sebagainya..mangsa yang terselamat juga akan di pindahkan ke kem-kem tahan untuk membiarkan mereka mati kebuluran dan akses kepada mangsa akan dipersulitkan dengan pelbagai cara. Segala usaha bantuan akan dilambat-lambatkan denagn nsengaja.Serangan di Than Dwe mengejutkan dunia dengan kesemua tanda-tanda ini pada bulan Oktober 2013. 7.(EXTERMINATION) PENGHAPUSAN MANUSIA SECARA BESAR-BESARAN:Pembunuhan terhadap manusia muda dan tua dari umur 9 tahun ke 90 tahun dan jenayah ini dilakukan secara besar-besaran tanpa belas kasihan dan umur, penyerang akan mengangap darjat mangsa lebih rendah daripada binatang sepertimana telah berlaku di Burundi Afrika dan Arakan di Burma.Penyerang tidak puas dengan jenayah itu dan akan membinasa mayat-mayat dan akan gunakan kata-kata yang amat kesat terhadap mayat mangsa dan bangsanya. 8.(DENIAL GENOCIDE) PENAFIAN KELAKUAN GENOSID OLEH PELAKU:Pelaku jenayah akan menyambunyikan mayat-mayat, akan membakar mayat denagn tujuan menghapuskan bahan bukti, akan peras-ugut saksi-saksi jenayah, akan menghalang pasukan penyaisat antarabangsa dan juga penyerang akan mempersalahkan mangsa sebagai PENCETUS masalah itu. Ini merupakan peringakat akhir dalam tindakan jenayah genosid. Dalam gambar yang berikut , kita tahu denagn jelah sekali bahawa telah dan sedang berlaku sebuah jenayah genosid di tengah-tengah ASIA iaitu Arakan, Burma.
Posted on: Sat, 26 Oct 2013 18:35:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015