KESAN PERASAAN TAKUT PADA ANAK Selalu tak menonton TV bersama - TopicsExpress



          

KESAN PERASAAN TAKUT PADA ANAK Selalu tak menonton TV bersama dengan anak? Kalau boleh cuba kurangkan aktiviti menonton TV. Bukan sahaja mencuri masa kita bersama keluarga malah mencuri masa kita menguruskan selain ia tidak baik untuk anak-anak kita. Tapi andaikata, hendak juga menonton juga, TERUTAMA CERITA SERAM, PASTIKAN MENONTONNYA KETIKA ANAK TIADA.Contoh, mereka sudah tidur @ keluar bermain. Mengapa cerita seram terlalu banyak diterbitkan? Mudah saja jawapannya... Kerana sambutannya yang sangat menggalakkan. Peminat ramailah katakan.. Kalau tiada demand, tiada supply. Kita adalah asas senario di arena perfileman di negara kita sendiri! Menyebabkan orang ramai terutama kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa lebih takutkan hantu dari TUHAN! Takut pada kanak-kanak ini bukan sahaja datang dari cerita di TV. Kadang-kadang ia DATANG DARI IBUBAPA itu sendiri. Ada ibubapa yang menakutkan anak sendiri dengan kegelapan, atau apa sahaja yang ditakuti oleh anak seperti lipas, serangga, cicak dan sebagainya. Mungkin niat kita melakukan pada mulanya adalah untuk bergurau dengan anak tetapi penerimaan anak kita pula adalah satu ketakutan dan bukannya gurauan. Sekadar berkongsi kata-kata dari Arb Bin Saad : Anak-anak akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil. (dari Arb bin Saad) Ct: Lina Karim Islamic Parenting Network
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 06:14:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015