KESOMBONGAN YANG TIDAK DISEDARI Amsal 8:1-36 Nats:Amsal 8:13 - TopicsExpress



          

KESOMBONGAN YANG TIDAK DISEDARI Amsal 8:1-36 Nats:Amsal 8:13 Takut akan TUHAN ialah membenci kejahatan; aku benci kepada kesombongan, kecongkakan, tingkah laku yang jahat, dan mulut penuh tipu muslihat. Berbicara tentang kesombongan merupakan topik yang paling hangat dipasaran hati. Siapa yang suka pada kesombongan? Saya amat yakin tak ada orang yang suka pada kesombongan. Tersebutlah kisah di sebuah rumah sakit orang gila. Ada seorang gila yang berpewatakan intim, ia amat ramah terhadap orang gila yang lain, terutama kepada orang gila yang baru masuk di rumah bahagia itu. Beberapa selang waktu dari kemasukannya dirumah bahagia itu, maka masuklah juga seorang gila yang lain , namun ia berpewatakan pendiam. ketika orang gila yang berperwatakan intim itu mengetahui bahawa ada orang gila yang baru masuk, ia bergegas menemui orang itu untuk menyambutnya. Dengan senyuman yang lebar orang gila yang intim ini pun menghulurkan tangan tanda perkenalan sambil berkata, "hai salam perkenalan, nama saya jack (bukan nama sebenar), kamu siapa nama, boleh kita kawan? Kita kawan ya", kata orang gila intim kepada orang gila pendiam yang baru masuk. Namun orang gila pendiam tiada respond terhadap tawaran itu. orang gila intim ini tidak berputus asa, dia terus mencuba sehingga tiga kali berturut-turut. Akhirnya pada petang itu orang gila yang bersifat intim itu pun marah kepada orang gila pendiam tersebut kerana, ia langsung tidak memberikan respond terhadap pelawaannya. Maka dalam kemarahan yang besar orang gila yang intim itu pun berkata, "Kau ini, baru saja gila sudah sombong" katanya. Lalu ia meninggalkan orang gila pendiam itu dengan anggapan bahawa ia seorang yang sombong. Dalam kehidupan ini, ada sahaja orang yang melabelkan kita sebagai orang sombong kerana kita tidak tahu bagaimana menyenangkan hati mereka. Terdapat banyak perkara yang membuat kita mendapat gelaran sombong, antara satunya ialah tidak melayan karena orang. Apakah anda benar sombong atau tidak? Yang pastinya terdapat orang yang menganggap anda demikian. Sedangkan orang gila pun tidak suka pada orang sombong , apa lagi orang siuman. Tuhan sering ingin berbual-bual dengan kita, namun ada sahaja diantara kita yang tidak memeperdulikan-Nya. Ia lebih takut digelar sombong didepan manusia berbanding digelar sombong didepan Allah. Pada hal ia tahu pasti bahawa Tuhan menentang orang sombong.... RENDAH HATI ADALAH PENAWAR KESOMBONGAN BERDOA ADALAH KEPEDULIAN KITA KEPADA ALLAH
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 11:17:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015