KETUMBUHAN OVARI DI PERINGKAT REMAJA 15-25 TAHUN jom baca untuk - TopicsExpress



          

KETUMBUHAN OVARI DI PERINGKAT REMAJA 15-25 TAHUN jom baca untuk pengetahuan anda,jangan abaikan .... Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Mohd Daud Yahaya, apa yang berlaku kepada Shairiza (kes 1) sebenarnya boleh dialami sesiapa saja. Malah kini kes membabitkan remaja menghidap ketumbuhan ovari atau dikenali sebagai dysgerminoma semakin meningkat dengan kebanyakannya berusia belasan tahun malah dysgerminoma adalah kanser ovari yang paling biasa berlaku dalam kalangan wanita muda. “Jenis kanser ovari yang paling kerap ditemui dalam kalangan remaja ialah germ cell tumour iaitu sel kanser yang berasal daripada sel yang menghasilkan telur dari tisu ovari,” katanya. Dysgerminoma berbeza dengan kanser ovari yang kebanyakannya berlaku pada wanita perimenopaus dan menopaus. Walaupun dysgerminoma adalah jenis ketumbuhan paling biasa, ia amat jarang berlaku iaitu kira-kira satu hingga lima peratus daripada semua jenis kanser ovari. Ramai beranggapan ia mempunyai persamaan dengan fibroid walaupun hampir sama, fibroid berlaku pada wanita dalam lingkungan usia 20-an ke atas dan kerap terjadi kepada mereka yang tidak pernah mengandung atau berkahwin serta menghadapi masalah haid tidak teratur dan banyak. Jelas Dr Mohd Daud, tiada sebab utama berlakunya dysgerminoma malah pakar perubatan sendiri tidak mempunyai alasan yang jelas puncanya dalam kalangan remaja. Ia bukan berpunca daripada pemakanan atau keturunan malah sesiapa saja boleh menghidapnya tanpa sebab ketara. Bagi kebanyakan remaja, kehadiran ketumbuhan ini mungkin hanya diketahui selepas mereka menjalani pemeriksaan perubatan apabila mendapati beberapa perubahan pada fizikal seperti gangguan haid yang tidak teratur, haid terlalu banyak, perut membesar seperti wanita mengandung, kerap kencing, sakit pada bahagian ovari dan pembuangan air besar yang tidak lawas. “Dalam sesetengah keadaan ia banyak menyerang remaja yang memiliki masalah berat badan. Jadi kebanyakan ibu bapa sukar mengenal pasti perbezaan pada fizikal anak gadis mereka disebabkan memiliki ukuran badan yang besar. Namun menerusi pemeriksaan fizikal iaitu dengan meletakkan jari tangan di kawasan tengah di atas ari-ari boleh merasai ketulan keras seperti kepala bayi atau paling mudah dengan menggunakan imbasan ultrabunyi. Keadaan ini menyebabkan ada yang mengatakan remaja ini mengandung kerana ukuran ketumbuhan ada seberat bayi berusia sebulan,” katanya. Apa yang dibimbangkan, remaja yang datang mendapatkan rawatan kebanyakannya sudah lewat dikesan selepas berlaku masalah pendarahan haid berpanjangan, sakit pada bahagian ari-ari serta masalah membuang air kecil yang terlalu kerap. “Oleh sebab ketumbuhan sudah membesar sehingga adakalanya mencecah usia bayi sebulan, pembedahan secara terus terpaksa dilakukan bagi mengelak ia pecah dan membawa maut. Walaupun ia membesar dalam kadar berbeza-beza, lazimnya pembesaran ketumbuhan berlaku dalam kadar yang perlahan sehingga mencapai satu peringkat pembedahan terpaksa dilakukan. “Memandangkan ia membesar dengan rangsangan hormon estrogen, ketumbuhan dysgerminoma dijangka akan terus membesar dan pecah sekiranya tidak dibuang segera,” katanya. Jelasnya, rawatan yang biasa dilakukan adalah dengan membuang bahagian ovari terbabit. Namun pembuangan ini bergantung kepada saiz tumor dan sejauh mana dysgerminoma merebak. Sekiranya ia sukar dirawat dan ketumbuhan terlalu besar, penyingkiran kedua-dua ovari dan tiub fallopio harus dilakukan. “Namun pembuangan ini akan memberikan risiko yang besar kepada wanita kerana menyebabkan mereka tidak dapat hamil. Jadi rawatan awal dapat mengelak daripada membuang kedua-dua ovari dan tiub fallopio,” jelasnya.
Posted on: Tue, 10 Sep 2013 09:07:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015