KISAH DARI NOVEL MAHASISWA UNIVERSITI AL AZHAR DIPENGARUH OLEH - TopicsExpress



          

KISAH DARI NOVEL MAHASISWA UNIVERSITI AL AZHAR DIPENGARUH OLEH YAHUDI Ana mengaku atas nama Allah, ana tetap setia pada cinta kita. Semenjak zaman berzaman, orang-orang Melayu Negeri Kelantan paling rajin menuntut ilmu pengetahuan agama Islam dan ilmu pengetahuan yang bersifat sekular, berbanding dengan orang-orang Melayu di negeri-negeri lain. Di seluruh negara kita ramai anak Melayu Kelantan, lelaki dan perempuan yang berkedudukan tinggi dan rendah dalam jabatan-jabatan kerajaan. Mereka juga menjadi tenaga mahir dan penggerak dalam syarikat-syarikat besar milik swasta. Banyak syarikat-syarikat besar di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar lain dimiliki oleh anak-anak Negeri Kelantan. Sekitar tahun 1970-an Zainal Rashid telah menyertai sekumpulan penuntut-penuntut Melayu - putera dan puteri -, dari Negeri Kelantan telah melanjutkan pelajaran ke universiti AL Azhar, Masir. Mereka menuntut di universiti tersebut dengan biasiswa kerajaan negeri tersebut. Zainal Rashid anak tunggal kepada sepasang suami isteri di kampung Kedai Lalat, Kota Bharu. Bapanya, Abdul Rashid seorang anggota sebuah parti politik nasionalis Melayu. Pada masa parti itu bersama Kerajaan Pusat bertindak menggulingkan kerajaan parti Islam di negeri itu, Abdul Rashid adalah salah seorang dari sekumpulan panglima-panglima politik di sana. ULAMA TERKENAL Dalam sejarah Negeri Kelantan, dia dan rakan-rakannya tersenarai dalam golongan yang mempertahankan nasionalisme Melayu. Mereka adalah wira nasionalis Melayu. Walaupun Abdul Rashid menentang parti politik Islam di Kelantan, tetapi dia menggonggong hajat yang besar; anaknya mesti menuntut ilmu pengetahuan Islam. Bila pulang ke tanah air nanti akan menjadi seorang ulama terkenal. Mungkin mufti. Mungkin menteri kabinet yang menjaga agama Islam. Mungkin juga Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim. Zainal Rashid akan setanding dengan Tuan Guru Tok Kenali. Bahkan akan lebih terkenal dari Dato’ Haji Mohd. Asri. Zainal Rashid telah memintal dan menjalin akar cinta dengan Nik Kamariah, penuntut sekolah agama Naim lil banat, Kota Baharu. Gadis cantik berlesung pipit itu anak tunggal kepada usahawan Nik Su, pemilik beberapa buah kedai emas dan barang-barang tembaga, di bandar Kota Bharu. BERLAKU CURANG Percintaan pasangan itu telah mendapat restu daripada ibu bapa masing-masing. Zainal Rashid dan Nik Kamariah telah melakukan ikrar dan bayi’ah antara mereka; masing-masing menjaga percintaan seperti menjaga iman sendiri. Tidak seorang pun yang boleh berlaku curang apa lagi berzina dengan orang lain. “Ana mengaku dengan nama Allah, ana akan setia pada cinta kita, ana tak akan curang, tak akan buat tak baik...,”kata Zanal Rashid sambil tangannya dipegang erat oleh Nik Kamariah. “Ana mengaku atas nama Allah, ana tetap setia pada cinta kita, ana tak akan berlaku curang, ana tak akan buat tak baik...,”Nik Kamariah berikrar pula. “...macam mana kalau salah seorang dari kita mungkir ikrar kita ni?” Nik Kamariah bertanya. “... Allah akan timpakan bala...,”jawab Zainal Rashid. Nik Kamariah mengangguk. Senyum. Puas. Yakin. Sebagai gadis beriman, dia berserah kepada Allah. “...kita hanya berikhtiar, tapi Allah dengan takdir-Nya,” kata hati Nik Kamariah. Cinta mereka termeterai dengan bai‘ah. Ikrar. Janji begitu kehendak mereka berdua. Bagi Nik Kamariah, ikrar demikian akan menyenangkan hatinya. Perasaan risau tidak akan berlungguk atas dirinya. Dia benar-benar yakin akan kejujuran kekasihnya. AHLI SUFI Seminggu sebelum Zainal Rashid berangkat ke Masir, satu majlis pertunangan antara dia dengan Nik Kamariah telah dilangsungkan. Keputusan dari runding dan muafakat antara keluarga kedua belah pihak; apabila Zainal Rashid tamat pengajiannya di universiti Al Azhar dan pulang ke tanah air, mereka akan dinikahkan. Akan menjadi sepasang suami isteri yang bahagia. Keluarga orang soleh dan keluarga contoh. Pada tahun pertama Zainal Rashid menuntut di universiti AL Azhar, identitinya seperti seorang ahli sufi muda. Warak. Saban hari, kecuali dalam jamban dan pada waktu tidur, dia sentiasa memakai ketayap putih. Selain dari tidak pernah tinggal sembahyang fardu, telah mengamalkan berbagai-bagai sembahyang sunat. Entah berapa juta nama Allah dan nama Nabi Muhammad telah menjadi buah wiridnya. Pendeknya, di kalangan penuntut-penuntut Melayu di universiti tersebut, dialah yang paling warak. Ada di antara rakan-rakannya menggelari dirinya ’wali Abdal’ Kelantan. BUDAYA BANGSA Gelombang masyarakat di bandar Kahirah sama dengan gelombang masyarakat di bandar London, New York dan beberapa bandar besar Kristian di seluruh dunia. Masyarakat demikian amat cepat menarik para belia Timur meninggalkan adat dan budaya masing-masing. Mereka yang terjebak dalam pengaruh masyarakat itu memandang remeh atau jijik kepada adat dan budaya bangsa mereka sendiri. Dalam sejarah yang tidak pernah ditulis oleh sesiapa, Penyakit jiwa, iaitu menghina bangsa sendiri, telah lama menjadi batu karang dalam diri tiap-tiap penuntut Melayu lepasan universiti-universiti di England pada zaman sebelum perang dunia kedua dulu. Pada zaman itu, para siswazah Melayu menyifatkan orang Melayu, sama dengan orang Sakai, Jakun dan sebagainya. Ada di antara mereka telah mengutuk orang-orang Melayu yang menuntut kemerdekaan. Mereka sayangkan penjajah Inggeris. “Macam mana orang Melayu nak merdeka, nak buat jarum pun tak tau,”kata Syed Hassan, siswazah ilmu undang-undang dari Australia. “Kalau tak ada orang putih, mati tak kebulurle kita,”kata seorang siswazah universiti tersohor di London, Megat Amri dari Kuala Kangsar. PARTI POLITIK Zainal Rashid telah berkenalan dan bersahabat dengan seorang tutor di American University, di Kahirah, Kamel Tanta. Dia seorang cendekiawan Masir moden yang menentang kebangkitan Islam di bumi itu. Dari sehari ragam dan perangai Zainal Rashid telah berubah. Identitinya telah bertukar, bagaikan pertukaran malam dengan siang. Dari seorang yang warak bertukar kepada gaya dan watak seorang sekularis atau ’the club man’. Fikirannya sama dengan orang dari parti politik sekular Arab-Yahudi, ‘parti At tahrir’ yang menentang dasar dan perjuangan parti politik ‘Ikhwanul Muslimin’. Zainal Rashid mengecam atau menentang orang-orang yang memakai kopiah putih atau serban. Rambutnya bersikat dan berminyak. Pakaiannya seperti pemuda-pemuda Barat. Tali lehernya berjenama tersohor. Empat lima pasang kasutnya jenama tersohor juga. Kata-kata Kamel Tanta, “Adat atau budaya ibu bapa kita, tidak ada erti apa-apa kepada kita yang muda dan intelektual ini,” telah mempengaruhi fikiran Zainal Rashid. “Adat atau budaya macam kulit kayu. Kalau buang kulit dan gilap kayu, nescaya kayu menjadi cantik dan berharga,”kata Kamel Tanta.” “ Islam hanya agama, yang menggerakkan kita ialah kita sendiri, bukan agama, jadi kita mesti bergerak seimbang, Islam tetap agama kita, ibadat kita, tetapi sebagai orang terpelajar, tak semestinya kita mengikut Islam atau ibu bapa kita...,”kata Kamel Tanta lagi. “...Islam menyekat banyak kebebasan kita, tak boleh itu dan tak boleh ini, tetapi hati muda kita mahu kepada keseronokan, hiburan, mahu teman wanita, menari, segala-galanya, ...kita mesti ikut kehendak hati kita, bebas,” Jelas Kamel Tanta. “...jangan jumud..., jangan biarkan agama dan kebudayaan mengongkong kita, ...hidup kita mahukan kebebasan, ...hidup kita di dunia ini sekali sahaja,”jelas Kamel Tanta lagi. 1. Pendapat Kamel Tanta itu telah menjadi racun pada hati dan otak Zainal Rashid. Laksana besi yang dileburkan, begitulah identiti dan pegangan Zainal Rashid terhadap agamanya telah berubah. Dia telah menjadi seorang idealis yang berpegang kepada pendapat yang berlawanan dengan Islam. MENGIKUT RAGAM Zainal Rashid berpegang kepada ajaran baru, ajaran golongan sekular, iaitu ‘ hidup hanya sekali, buat maksiat seberapa banyak yang boleh, apabila hampir mati boleh bertaubat’. Pada tiap-tiap malam minggu Zainal Rashid berkubang di kelab nasional yang dikendalikan oleh Arab-Yahudi. Di kelab itu dia menari dan melepak dengan belia-belia lelaki dan perempuan yang berpendidikan sekular dan suka berpelesiran. Kebanyakan belia-belia itu ahli bahasa dan sastera Arab, jurutera, arkitek, doktor perubatan dan sebagainya. Mereka juga berjaya menarik Zainal Rashid menjadi seorang pemuda yang mengikut ragam dan rentak mereka. Kerana pergaulan demikian Zainal Rashid mahir berbahasa Arab melebihi rakan-rakannya anak-anak Kelantannya di universiti Al Azhar. Zainal Rashid tidak mengetahui latar belakang Kamel Tanta. Dia hanya percaya temannya itu seorang pemuda Islam, Kerana Kamel Tanta sentiasa mengucap dua kalimat syahadah, fasih menyebut ayat-ayat Quran dan pada hari Jumaat dia sembahyang di masjid. Di samping berpengetahuan yang luas dalam bidang kesusasteraan Arab, dia berpengetahuan yang luas tentang semua agama di dunia ini. TENTERA YAHUDI Sebelum pulang ke Masir, Kamel Tanta pernah berkhidmat dalam UNISCO di Paris selama beberapa tahun. Pengalamannya sebagai diplomatik kebudayaan dan pendidikan telah membantunya untuk menarik pemuda-pemudi Islam mengikut rentak dan tari golongan Yahudi atau Zionis dunia. Kamel Tanta adalah seorang Arab – Yahudi, telah di lahirkan di suatu tempat bernama Tanta, berhampiran dengan Mahalla Al Kubra, ke arah Iskandariah. Ibunya, perempuan Arab. Pada usia gadisnya, dia menjadi mangsa rogol seorang pegawai tentera Yahudi. Pada ketika Kemel Tanta lahir ke dunia, dia tidak di sambut oleh bapanya. Dia anak haram. Kira-kira lima bulan dari tarikh pegawai tentera itu merogol ibu Kamel Tanta, dia telah terbunuh dalam satu pertempuran antara tentera Yahudi dengan gerila Islam di Palestin. Semenjak Kamel Tanta belajar di sekolah rendah sehingga menuntut di sebuah universiti di Amerika Syarikat, dia telah disara oleh sebuah kelab nasional Masir. GADIS ARAB Pada suatu malam minggu, Zainal Rashid telah diperkenalkan oleh Kamel Tanta kepada seorang gadis Arab - Afrika, Na’imah Halfa. Gadis cantik berlesung pipit itu bekerja sebagai pensyarah sambilan di sekolah menengah-kolej perempuan, di Kahirah. Na’imah Halfa seorang gadis anti perkahwinan. Perkahwinan dianggapnya seperti penjara menyekat kebebasan wanita dan lelaki. Sebagai seorang gadis yang bijak dan bodoh, dia telah bersumpah tidak akan berkahwin hingga ke akhir hayatnya. Rakan-rakannya mengetahui dia seorang penganut dan pengamal lesbianism. ”Allah telah menentukan kita bertemu,”kata Na’imah Halfa. Zainal Rashid senyum. Na’imah Halfa memegang lengan kanan Zainal Rashid dan menarik perlahan ke sebuah meja di sudut kelab. Zainal Rashid duduk atas kerusi menghadapi Naimah Halfa, di seberang meja. Wajah Na’imah Halfa mempesonakan Zainal Rashid yang mulai dilanda perasaan jantinanya. MENGIKUT KEMAHUAN Nafsu lelakinya laksana selera harimau jantan berhadapan dengan kijang dalam rimba. “...enta dari Malaysia, bagus, I love Malaysia,”kata Na’imah Halfa. “Terima kasih,”sahut Zainal Rashid. “Dulu Profesor Abdul Rauf dan Taqiuddin Qandil telah berkhidmat di Kolej Islam Malaysia,”kata Na’imah Halfa. Zainal mengangguk. Dua nama itu tidak ada dalam kepalanya. Pada masa itu dia masih kanak-kanak atau belum lahir ke dunia ini lagi. “Perdana Menteri Malaysia, Abdul Razak orang baik, dia banyak idea untuk menaikkan taraf bangsa Melayu, tetapi musuh dia golongan bukan Melayu,”kata Na’imah Halfa lagi “Ia, …tapi mengapa ente kata begitu?”Zainal Rashid bertanya. Na’imah Halfa senyum. “Enta tau, …Malaysia di bawah pengaruh free misson, …walaupun dia perdana menteri, tetapi dia tidak boleh buat sesuka hatinya, dia mesti mengikut kemahuan orang lain, orang yang berpengaruh... ,” jawab Naimah Halfa. Zainal Rashid yang kurang arif akan selok belok politik di negaranya dan peranan pergerakan Free massona, dia dapat memahami kata-kata Na’imah Halfa. “Enta tentu tau, mana-mana negara yang mengamalkan politik nasional, hala tuju politik, ekonomi, sosial dan budaya di bawah pengaruh free masson,”kata Naimah Halfa. Zainal Rashid mengangguk-anggukkan kepalanya. Pada ketika itu dia tidak faham akan tujuan gadis manis itu menerangkan hal Free masson itu kepadanya. “...Free masson telah berjaya, ia berjaya mempengaruhi sebilang besar pemimpin-pemimpin politik seluruh dunia memihak kepadanya, sekali gun mereka anti kebangkitan Islam,”kata Na’imah Halfa lagi. Zainal Rashid lantas teringat akan kata-kata bapanya, “…parti Islam yang perintah Kelantan, musuh kemajuan, memecah belah perpaduan”. Dia terpengaruh dengan kata-kata bapanya itu.Naimah Halfa senyum. Dua bola matanya memeluk tubuh Zainal Rashid. Darah gadisnya sedang dibakar oleh nafsunya sendiri. Na’imah Halfa meneguk air limau Afrika Selatan bercampur ais. Zainal Rashid asyik merenungnya. Percakapan mereka beralih kepada topik lain. Mereka bercakap mengenai Kuala Lumpur dan Kahirah. Gadis manis itu yakin, pemuda Melayu di hadapannya itu akan masuk ke dalam perangkapnya. Pertemuan mereka pada malam itu menjadi denai pada persahabatan mereka yang lanjut. Persahabatan itu akan merugikan Zainal Rashid. Dia akan bernasib seperti garam sebuku yang dimasukkan ke dalam gelas berisi air. Manakala Nai’mah Halfa laksana air dalam gelas itu yang menghancurkan garam sebuku; Zainal Rashid akan menjadi mangsanya. Zainal Rashid kagum akan kecantikan, kelincahan dan percakapan Na’iman Halfa. Walaupun usia Na’imah Halfa lima tahun melebihi usia Zainal Rashid, tetapi dia kelihatan lebih muda dari usianya. MENGANUS LESBIANISME Na’imah Halfa berkeyakinan, jika dia meluahkan madah-madah cintanya kepada Zainal Rashid, tentulah cintanya bersambut. Tetapi dia tidak menagih cinta dari lelaki. Baginya cinta seperti sebutir bom, boleh memusnahkan apa jua yang perlu dimusnahkan. Walaupun Na’imah Halfa suka bersahabat dengan lelaki, lebih-lebih lagi lelaki yang lebih muda daripada dirinya, tetapi dia menganggap semua lelaki bahaya pada dirinya. Dia juga menganggap semua lelaki seperti penjaga penjara. Mereka mengongkong dan menyekat kebebasan perempuan yang menjadi kekasih atau isteri mereka. Na’imah Halfa seorang gadis yang menganut lesbianism. Ramai gadis cantik dan lebih muda daripadanya menjadi temannya. Beberapa orang daripada mereka menjadi kekasihnya atau pasangan lesbiannya. Setiap lelaki yang mendampingi Na’imah Halfa nescaya menjadi mangsanya. Mereka telah dijadikan seperti anjing jantan. Tidak ada walau seekor anjing jantan yang menolak dari merosakkan anjing-anjing betina. Setua mana, sekurap-kurap mana dan sehodoh mana anjing jantan mempunyai nafsu buah terhadap anjing-anjing betina. ANJING JANTAN Pada ketika Na’imah Halfa senyum kepada Zainal Rshid dalam cahaya lampu, dia telah membulatkan fikirannya akan menjadikan pemuda Melayu itu, sebagai seekor anjing jantan. Anjing tidak menolak benda-benda najis seperti buaya tidak menolak bangkai. Na’imah Halfa tahu benar, Zainal Rashid seorang pemuda Islam yang berpengetahuan Islam, tetapi iman dan takwanya kepada Tuhan masih lemah. Cair. Muda dan mentah seperti putik kurma. Putik anggur. Mudah layu. Dari seminggu ke seminggu, persahabatan Na’imah Halfa dengan Zainal Rashid kian rapat. Zainal Rashid tidak sedar gadis itu sedang mempengaruhi dirinya. Memang, remaja seusianya menjadi benak hati dan tumpul otak bila dilayan oleh gadis cantik seperti Na’imah Halfa itu. Pada satu malam minggu, Na’imah Halfa telah mengadakan majlis makan-makan bersama penuntut-penuntut perempuan kolejnya. Zainal Rashid telah dijemput ke majlis itu. Tujuan Na’imah Halfa menjemput Zainal Rashid, supaya dia berkenalan dengan seorang penuntutnya, gadis Melayu, bernama Fauziah. “Kamu akan jadi anjing jantan, Fauziah akan jadi anjing betina,”hati Na’imah Halfa berkata pada waktu dia menjemput Zainal Rashid masuk ke rumahnya. “...baiti, ... jannatakum ,” – “rumahku syurga kamu” - kata Na’imah Halfa sambil memegang lengan kiri Zainal Rashid. PENUNTUT PEREMPUAN Zainal Rashid sengeh. Gembira. Perasaan jantannya membakar darah mudanya pada detik-detik pinggul gadis itu tersinggung pinggulnya. Pada ketika lengan kanan Na’imah Halfa membeli pinggangnya, dia telah tenggelam dalam madu berahinya sendiri. Na’imah Halfa senyum. Seekor anjing jantan telah masuk perangkapnya. Seekor anjing betina dari Malaysia, Fauziah, akan menjadi mangsa anjing jantan itu. Biar mereka menyalak dan mengerang sepanjang malam. “Anjing, anjing-anjing, Lidah terjelir mamah bangkai, Menyalak siang dan malam, Cinta anjing palsu, Cinta nafsu, Seribu salakan jantan seribu anak haram, Anjing, anjing makan bangkai.” Hati Na’imah Halfa menyanyikan lagu anjing. Mungkin dialah gadis di Masir yang bertabiat suka menghendap anjing-anjing yang berkawan dan meranduk pada waktu malam. Dia amat arif akan tabiat anjing. Ada kalanya dia sendiri bernafsu seperti anjing betina. Lebih lima belas orang penuntut perempuan telah hadir dalam majlis pada malam itu. Mereka terdiri dari penuntut-penuntut Arab, Yahudi, Arab - Yahudi dan Kristian. Hanya Fauziah seorang gadis Melayu dari Malaysia. Tujuan Na’imah Halfa mengadakan majlis itu, supaya mereka bergaul. MANGSA LELAKI Pergaulan antara remaja-remaja berbagai keturunan dan agama itu, akan dapat melunturkan iman Tuhan. Mereka akan menjadi anti agama Islam. Mereka akan berasa malu mengakui diri mereka orang Islam. Perangai mereka akan berubah menjadi seperti perangai remaja-remaja Yahudi dan Kristian yang moden. Terdapat beberapa orang gadis yang hadir dalam majlis itu menganut lesbianisme. Mereka menjadi rakan lesbian Na’im Halfa. Na’imah Halfa telah mengajar mereka; amalan lesbian tidak merosakkan mahkota gadis-gadis. Mereka tidak menjadi mangsa lelaki. Dan mereka juga tidak akan melahirkan keturunan yang akan mengharu birukan dunia ini. “Kita mahukan kebebasan, wanita boleh melakukan apa sahaja, hatta menguasasi lelaki...,” Na’imah Halfa mengajar rakan-rakannya. “Kamu semua tahu, orang Arab ada berkata, lelaki, walau macam mana bijak sekalipun terkekang antara dua batang paha perempuan...,”kata Na’imah Halfa. Na’imah Halfa mengakuri pendapat malaikat yang berkata kepada Allah pada waktu Allah akan menciptakan Nabi Adam, ”mengapa kamu menempatkan di muka bumi orang yang akan membuat bencana di sana dan menumpahkan darah.” Dia mahu mencipta bencana bersama rakan-rakan lesbiannya. Na’imah Halfa tahu, penyakit moral demikian itu telah menjalar kepada sebilangan penuntut-penuntut perempuan Melayu yang menuntut di institut-institut pengajian tinggi di Amerika Syarikat, England dan di negara-negara lain. MEREKA MENGGATAL Zainal Rashid telah diperkenalkan oleh Na’imah Halfa kepada semua penuntutnya dalam majlis itu. Mereka mesra. Ada beberapa orang dari mereka menggatal. Gelenyar. Merenyam. Sepuntung demi sepuntung tangan gadis -gadis itu dijabat oleh Zainal Rashid. “...ini Fauziah, dari Malaysia,” Na’imah Halfa perkenalkan Fauziah kepada Zainal Rashid. “...ana, Zainal Rashid, dari Kelantan, Malaysia,”kata Zainal Rashid dalam bahasa Arab sambil menjabat tangan kanan Fauziah. “...Fauziah Tahir, dari Perak,” sambut Fauzih dalam bahasa Arab juga. Suara Fauziah gugup. Tapak tangannya dingin dan seluruh tubuhnya terasa menggigil. Bola mata Zainal Rashid menjilat dada Fauziah yang berisi pejal. “Perak, di mana?”Tanya Zainal Rashid. “Padang Rengas, Kuala Kangsar,”jawab Fauziah. “…ooo, tempat bapa mertua Dato’ Asri, …bapa Datin Sakinah, Sheikh Junid Tala,”kata Zainal Rashid. Fauziah senyum. Kepalanya kosong dari kisah sejarah bekas Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd.Asri Muda dan ulama terkenal di Perak, Sheikh Junid Tala. “Ana dari Kota Bharu,” ulang Zainal Rashid. “Tak tanya pun,”hati Fauziah bersuara. Fauziah senyum. Tangannya dilepaskan oleh Zainal Rashid. Degup jantung Fauziah kencang. Tangan lelaki yang memegang tangannya menjadikan darahnya seolah-olah cair. Panas. Mendidih dan memanaskan seluruh tubuhnya. “…enta menuntut di mana?”Tanya Fauziah. “…Al Azhar, …tahun akhir,”jawab Zainal Rashid. Fauziah senyum. “…ana di kolej ustazah Na’imah Halfa,”Fauziah memberitahu Zainal Rashid. “Ooo, begitu, jadi ente ni penuntut dialah,”sambut Zainal Rashid. “Ia, …dia guru ana, …cantik bukan?”Tanya Fauziah. “Wallahi, …ente lebih cantik dari dia…,”puji Zainal Rashid. “Ia, terima kasih,”sahut Fauziah. Jantung Fauziah kencang bagaikan akan mengopak dinding dadanya. Pujian itu membanggakannya. Pujian pemuda itu merangsangkan nafsu berahinya. “Enta pun kacak,”kata Fauziah. “...taklah, ana ni macam kucing kena hujan,” kata Zainal merendah diri. “Kucing kena hujan bagus,”sahut Fauziah. “Ngapa?” Tanya Zainal Rashid. “...kan kucing tu sejuk, ia cari panas...,”kata Fauziah sambil ketawa kecil. GADIS CANTIK Zainal Rashid terasa dirinya dicabar oleh Fauziah. Pada ketika itu dia berkeadaan seperti pemukat burung ruak-ruak tepi sawah. Fauziah menjadi burung yang mula tersangkut pada pukatnya. “Dahlah kena hujan, kurap pula...,” kata Zainal Rashid. “ Merendah diri pula...,”kata Fauziah dengan bahasa Melayu. “...ia, tapi ente cantik sungguh, molek..., malam ini tentu ana tak dapat tidur...,” Zainal Rashid mengulangi pujiannya kepada Fauziah. “Mengapa?”Fauziah bertanya dalam bahasa Melayu. “Kerana ingatkan ente, gadis cantik manis ni...,”jawab Zainal Rashid. Fauziah tergiur kerana dipuji begitu. Kalau tidak kerana malukan teman-teman dan Na’imah Halfah tentulah Fauziah memeluk tubuh Zainal Rashid. Na’imah Halfa merenung mereka. Senyumannya berkulum. Harapannya; Zainal Rashid dan Fauziah akan menjadi sepasang anjing. Anjing jantan mendapat mangsa.Jelir lidah panjang-panjang. Anjing betina menyalak. Merengek. Mencakar tanah. Dalam cahaya lampu yang suram, Na’imah Halfa merenung kepada Zainal Rashid dan Fauziah. Perasaan jantinanya membakar jantung dan darahnya. Dia bangun dan berjalan mendekati mereka. Senyumannya bagaikan kembang bunga di bawah cahaya bulan. “Kamu berdua pasangan yang ide, cocok, ...saya teringat akan kisah percintaan wira Melayu,yang saya telah membaca ceritanya,di Colonge dulu, love story..., Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang,” kata Na’imah Halfa. “...kami tidak bercinta,” sahut Zainal Rashid. “Biasanya, apabila fajar menyingsing, matahari tetap akan terbit...,”kata Na’imah Halfa. “Betul begitu, Cik Na’imah?” Zainal Rashid bertanya. “Saya tak dapat jawab, saya bercakap ikut ilmu balaghah...,tanya kepada Fauziah, apa perasaannya..,”kata Na’imah Halfa. “...cinta itu buta, Cik Na’imah” kata Fauziah. “Ia, ...buta, kerana butalah, kita merasa nikmatnya...,”sahut Na’imah Halfa Mereka ketawa. Tawa mereka telah menarik perhatian penuntut-penuntut perempuan dalam parut dewan rumah itu. Pada waktu akan meninggalkan rumah itu pada pangkal pagi, sambil mengucapkan selamat kepada Fauziah, Zainal Rashid meramas tangan kanan gadis itu. Fauziah menggigil dilanda nafsu berahinya. Mereka telah berjanji akan bertemu lagi. “...Fuzi, I love you..., ... miss you,”kata Zaianal Rashid. “Ana..., miss you selalu...,”sahut Fauziah. Pada saat-saat Fauziah merenungnya dengan dua bola mata bernafsu, Zainal Rashid teringat akan kata-kata Arab Badawi dalam sebuah buku yang telah dibacanya, “Aku tidak pernah melihat renungannya menyala seperti cahaya api”. Semenjak pertemuan pada malam itu, Zainal Rashid telah menjadi seperti kata-kata orang Arab, “Lelaki (walau sebijak mana) terkekang antara dua batang paha wanita”. Fauziah seperti kata orang tua-tua Melayu, “...sepandai-pandai belatuk, mati juga bersama punggur rebak”. Zainal Rasahid dan Fauziah telah terkekang dalam ikatan ‘sepasang kekasih’. Mereka sering bertemu.Tidak cukup dengan pertemuan pada tiap-tiap petang, pada tiap-tiap malam minggu mereka berdua-duaan jua. Mereka laksana sepasang belangkas di gigi air atas pantai. Hati masing-masing menyanyikan lagu asyik maksyuk. Lagu dari puisi atas secebis kertas dalam bakul sampah di perpustakaan: ‘Bila aku mencintaimu, diriku dalam dirimu, dirimu dalam diriku, aku bersamamu debu, debu basah tika malam basah. * * Dari manuskrip novel, Bunga Padma di Lembah Nil, oleh:mokhtar petah (Novel ini ditulis berdasarkan kisah benar dua orang siswa Melayu, seorang dari Keloantan dan seorang dari Perak. Cinta mereka menghasiloan sorang anak. Pemuda tidak tunai janji. Cinta mereka hancur. Lama kemudian lelaki menjadi politikus terkenal dan orang kenamaan.)
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 02:52:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015