KISAH KOMANDO...bahagian 5 ( penghujung derita?) Subuh yg - TopicsExpress



          

KISAH KOMANDO...bahagian 5 ( penghujung derita?) Subuh yg datang hari ini terasa lebih hening..ada sesuatu tentangnya..yg seakan menengakkan bulu roma. Ada sesuatu yg tak kena?semalam bukan main jl paksa kami berjaga..tiba2 pagi ni pakat senyap belaka. Hanya kedengaran bisikan perlahan sambil mereka mmenjeling..itu yg terlintas di kepala masing2.. Saat dipanggil baris dlm keadaan diri masih dikuasai rasa mengantuk. Tapi sekejap saja..lepas tu..terjerit2 lah balik. Aktiviti berlangsung seperti rutin..maki dan herdik..diselang penumbuk sesekali. Dan kemudian dipanggil lagi..masuk barisan lagi..dan jl mundar mandir tanpa henti.satu persatu angka dipanggil..hati berdebar kerana tak pasti..apakah yg dipanggil akan dihantar kembali?dan sudahnya..ada airmata yg gugur lagi..bila menyedari..langkah tersadung di akhir garisan.segala usaha..tak membuahkan rezeki..ada jugak yg terkeluar lagi. Dengan airmatan tak tertahan..hanya diiringi sebakan..rakan2 ditinggalkan...bagi yg berbaki dalam barisan..berita diberikan..kita akan memulakan pergerakan..ke lokasi acara tamat latihan. Apa?sudah sampai ke hujungnya?adakah benarberita..atau sekadar rekaan semata?beberapa saat sebelum otak terjaga..dan akhirnya berkata..yaaaa..kita sudah sampai ke hujungnya...jiwa dibelenggu rasa yg tak tercerita..sayu?gembira?entah..tak tau nak kata..sebab banyak benda berlegar di kepala..dan rasa bagai dalam syurga..berada dalam trak sambil bergerak..kerana dapat ditebus lena yg telah tak dirasa sekian lama... Dan hari2 terakhir..tak banyak bezanya. Tetap dimaki..diherdik..cuma banyak tugas lain yg diberi. Angkat tong..pasang khemah..panjat atas sana..pasang itu..pasang ini..dalam kepantasan masa berlari dan tugas yg diberi..jiwa seakan bertanya..betul ke ni?dah nak habis ni???hinggalah masa raptai dijalankan..arahan diberikan..kau masuk macam ni..kau keluar begini...ada masa tubuh yg dah sedia terasa x mampu berdiri..rasa mcm nak kata..sudahla tuuuuu...namun semangat dlm diri berkata..sabar sikittt saja lagi..sikit saja lagi... Dan tiba hari dinanti... Entah kenapa..kebeningan itu kembali.ada rasa yg tak mampu diperi...sudah tak ada sepakan atau tumbukan lagi. Jl semuanya baik sikit hari ni..malah siap ada sarapan lagi.cuma beberapa kali dibawa berdiri..sambil menunggu saat2 yg dinanti..sesekali berhenti..panjang pula leteran yg diberi. lepas ni..jaga diri..jaga kehormatan yg diberi..jangan jadi jalang..jangan jadi petualang..dan jgn lupa hakikat sebenar..maruah yg dianugerahkan boleh tercalar...dan bila mikrofon mula bergema..dan maka penuhlah udara dgn pelbagai perkataan..dan dari tempat penantian..melihat kehebatan pasukan. Wahhhh...demo yg pasti sentiasa tak dapat dilupakan..akan sampai saat..aku juga akan merasakan..dentuman dan asap..bagai memukau pandangan.itu yg mereka buat?apa aku juga akan mampu satu hari nanti? Dan arahan diberikan..utk bergerak masuk ke penganugerahan. Dgn jantung sedikit berdebar..langkah diatur dgn agak terketar. Ingat apa yg diajar..segala2 nya harus teratur dlm dlm keadaan kemas.pandang ke depan..mak aih..ramainya manusia.siapa mereka ni?apa mereka mahu?apa mereka buat?apa yg perlu dirasa?dan dalam pd itu..siapa yg akadatang meraikan utk aku? Sambil menanti dlm barisan..menunggu segala ucapan..telinga terasa nerdengung.fikirak rasa sedikit beku..yg tbayang hanya lena yg sedang menunggu. Malah sesekali hanyut..nasib baik tak terjelepok disitu..kalau tak..memang nasiblah kena luku. Bila panglima mula berjalan..baru minda kembali tersedar. Satu persatu tubuh yg terketar dihampiri..dan mulalah emosi datang menguasai..melihat topi hutan dilempar ke sana ke mari..diganti beret hijau dgn lambang berkilat berseri..lanyard biru dipasang disisi..dan dagger hitam disarung didada. Menjeling buddy sebelah..hati berkata..cepatlahhh..aku pulak..seakan tak percaya..berdiri disini..setelah segala yg diharungi..menerima segala penghormatan atas segala kepayahan. Hilang mengantuk..hilang berdebar..kalau boleh tangan nak cabut beret dan belek..betulkah apa yg aku alami?saat 3 purnama bergema..segalanya hampir hening seketika..dan dalam tak sedar segala ingatan datang menerpa..seakan tak percaya..aku sampai jua ke garisan akhirnya..segala tendangan..segala tumbukan..segala siksaan..membawa akhirnya ke garisan..dan saat sumpah dilafaz..dengan tembakan meriam sebagai iringan..ada ketul tersangkut di tekak..ada airmata menanti utk bergolak..dan segala realiti datang menghimpit..ya Tuhan..aku sampai jua ke akhirnya...bila diberikan arahan keluar barisan..dibawa bergambar segala..jl yg bukan main garang datang tersenyum bangga..sambil menepuk2 mesra..tahniah..kau berjaya akhirnya.kembang rasa bangga di dalam dada..takkan mungkin dapat dicerita..begitu juga bila senior yg kedengaran hebat belaka..datang menyapa..selamat datang ke persaudaraan kita.. Dan bila dilepaskan..utk bersama sanak keluarga..alangkah tak tercerita rasanya lega.ada ketuk tersangkut yg terlepas.bersama beberapa titik tangisan..bile kembali menghadap wajah meka yg dikasihi..yg selama ini mungkin tidak pernha diambil peduli. Ibu yg tak mampu menahan airmata..merah hidungnya dek rasa bangga.ayah yg tidak berkata2.. Hanya menyampaikan melalui mata. Ada isteri yg terboyot2 membawa perut..datang membawa bakal wira yg menyambut ayahnya..ada kekasih yg begitu dirindui..datang berkongsi segala gembira di hati. Bagaimana perjalanannya?terukkah?makan apa?antara soalan yg ditanya..dan kerongkong kembali tersangkut..saat ibu menyuap seketul nasi yg telah begitu lama dirindui rasanya.lembutnya tangan isteri..yg menyiapkan segala juadah. 3 purnama..membayangkan segala rasa..hari boleh makan sampai termuntah..namun hairannya..yg diminta miwa bukan makanan semata..tapi sebaliknya..kehadiran org 2 yg dicinta..yg diketahu..kerana mereka kita akan berdiri selepas ini..demi memastikan mereka dilindungi.. Perjalanan ini belum berakhir..ini hanya inisiasi..itu sudah pasti.perjalanannya jauh lagi..namun satu batas sudah dilepasi..dan selepas ini..perjuangan bersambung kembali..sementara ada antara rakan2 terkeluar yg akan kembali..beret hijau..lanyard biru..dagger hitam..triniti.lambang harimau berani..dan penyambung legasi..adalah kami..=WRA=
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 04:11:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015