KISAH RUMAH TANGGA Seorang suami yang baru pulang dari pejabat, - TopicsExpress



          

KISAH RUMAH TANGGA Seorang suami yang baru pulang dari pejabat, dengan keletihan yang menjalar segenap urat dan sendi seluruh tubuh membuka pintu rumah dan melihat hidangan istimewa yang dibuat oleh anak-anak berupa mainan yang indah dihias di atas lantai, baldi, sudip dan kuali tidak ketinggalan menghiasi pemandangan di ruang tamu. Dengan penuh senyuman memberi dakapan buat anak-anak dan mengutip satu demi satu hiasan yang dibuat oleh anak-anak ke dalam bakul permainan, mengambil baldi dan menyimpan semula ke tempatnya, mengutip sudip dan kuali untuk diletakkan semula ke dapur. Melihat si isteri yang sedang memasak, suami sambil tersenyum membuka peti ais dan mengambil botol air yang berisi air sejuk. Duduk dan menikmati. Di hatinya, mungkin isterinya tidak sempat mengemas rumah atau barangkali sebenarnya entah sudah berapa kali dikemas rumah tetapi tetap juga dikemas semula oleh anak-anak. Lalu, dia menghulurkan bantuan untuk mengindahkan pemandangan mata. Isterinya juga seorang manusia, ada penatnya, ada letihnya. Bukanlah robot yang menyiapkan segalanya tip top tanpa ada kekurangan. Dia pasti isterinya sudah berusaha sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Buat sesuatu bukan kerana isteri dan anak-anaknya tetapi kerana Allah dan cintakan sunnah Rasulullah. Rasulullah menganjurkan untuk berbuat baik kepada keluarga, maka sebaiknya dialah sebagai suami dan bapa menjadi contoh terbaik sebagai ikutan kepada isteri dan anak-anak. Dia telah meneladani sunnah Rasulullah dan mengamalkannya di dalam kehidupan. Hatinya berbunga-bunga. Suami ini lah yg ku harapkan;-)Terima kasih Allah! ********************************************** Ya Allah, kurniakan lah aku sebuah keluarga bahagia, kurniakan aku seorang suami yg memahami pengorbananku, kurniakan aku ank2 yg soleh yg boleh membawa kebaikkan setelah aku mati, kerniakan aku hati yg kuat utk menyusuri rumah tangga, kurniakan aku hidayat MU. Sesungguhnya kepada MU tempat kami bergantung.Amin Ya Rabbal ‘alamin.. Tuliskan kata “Aamiiin” di ruangan komen , Semoga Allah mengabulkan Doa kita. LIKE|SHARE|COMMENT Isteriku PERMAISURIKU Suamiku SYURGAKU
Posted on: Sun, 20 Oct 2013 12:30:21 +0000

Trending Topics



height:30px;">
Battery For Motorola Two-Way Radios Replaces 53615, HKNN4002A
Josh Hamilton Rookie RC 1999 Topps Traded Graded BCCG 10 Want to

Recently Viewed Topics




© 2015