KL disenaraikan sebagai Bandar yang paling berbahaya ke-6 (top 10) - TopicsExpress



          

KL disenaraikan sebagai Bandar yang paling berbahaya ke-6 (top 10) di dunia, mengikut petikan dari awesome. Berikut ialah senarai bandaraya-bandaraya yang paling berbahaya di dunia. Bandaraya no. 1 yang paling berbahaya: - San Pedro Sula, Bandaraya no. 2 yang paling berbahaya: - Ciudad Huarez Bandaraya no. 3 yang paling berbahaya: - Maceio di Brazil, Bandaraya no. 4 yang paling berbahaya: - Acapulco di Mexico Bandaraya no. 5 yang paling berbahaya: - Sharm el Sheikh di Mesir. Tidak dapat dinafikan di Kuala Lumpur sendiri agak banyak masalah jenayah seperti kes rompak, ragut, dan Rempit.. Tetapi untuk menduduki tempat ke enam di dalam senarai ini adalah agak keterlaluan, tidak diterima akal dan melampau. Sila jadikan data di bawah sebagai rujukan. 1. Kes jenayah melibatkan pembunuhan Kadar pembunuhan di Malaysia - 2.3 Kadar pembunuhan di Korea Selatan - 2.6 Kadar pembunuhan di Taiwan - 3.2 Kadar pembunuhan di Turki - 3.3 Kadar pembunuhan di Amerika Syarikat - 4.8 Kadar pembunuhan di Thailand - 4.8 Kadar pembunuhan di Indonesia - 8.1 Kadar pembunuhan di Rusia - 10.2 Honduras - 91.6 Untuk pengetahuan anda semua, saya hanya memetik nama sebilangan kecil negara negara dunia, terdapat banyak lagi negara-negara lain dengan kadar antara 2,3-91,6. Nilaikan sendiri. Data ini boleh didapati di unodc.org/unodc/en/data-and-analysis/homicide.html 2.) Jenayah Indeks Paradox Mengikut kiraan saya, statistik ini amatlah tidak tepat dan tidak perlu dibincangkan selanjutnya memandangkan statistik ini menunjukkan peratusan jenayah di Indonesia adalah 300% kali ganda lebih selamat dari Malaysia, iaitu Cuma sebanyak 23.87 % manakala Malaysia 70.88 %. Sumber rujukan: numbeo/crime/rankings_by_country.jsp?title=2012-Q1 3.) ROGOL Kes rogol di Malaysia bagi setiap 100,000 penduduk adalah 13.5% pada tahun 2009. Malaysia -> 13.5 UK, Britain -> 28.8 Finland -> 15.2 Norway -> 19.2 New Zealdn -> 25.8 Amerika Syarikat -> 27.3 Sweden ->63.5 Semestinya masalah jenayah di negara ini wujud dan tidak disangkal, tetapi untuk meletakkan Malaysia ke tangga ke-enam dalam index ini adalah amat tidak adil dan berniat jahat. -FM & FH
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 09:15:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015