KOMEN DR AZLAN JOHAR (PEMINAT PIYA #16) Assalam semua rakan rakan - TopicsExpress



          

KOMEN DR AZLAN JOHAR (PEMINAT PIYA #16) Assalam semua rakan rakan bolasepak.. Bolasepak adalah permainan yang penuh dgn keindahan dan keseronokkan.. betulkan? Lihat saja lagak pemain pemain didalam padang,,ada yang kena sikit jer,,dia punya lakonan bukan main hebat sekali..yang uniknya walaupun berperang kat tengah padang,,mereka masih boleh berkongsi minuman bekas lawan mereka itu. Dan si pemain tu pulak tanpa segan silu boleh ambil minuman di depan bench lawannya,,kadang2 kita juga dapat lihat pemain lawan minta tolong pakar perubatan pihak lawan spray ke kakinya dan pakar itu juga akur dan menolong..itulah bolasepak,,aksi sedemikian jarang2 dapat kita lihat pada sukan sukan lain..mana pernah Chong Wie minta air dari Lin Dan semasa game berjalan..mana pernah Serena Williams minta bantuan dari pakar Maria Sharapova utk spray kepehanya...itulah bolasepak..ianya satu sukan yang membina persahabatan dan silahturahim sesama pemain dan pegawai.. Bagi kami bekas bekas pemain negeri dan negara hunungan kami dari dahulu sehingga sekarang terus terjalin baik dan hebat..mungkin satu hari nanti kita akan beripar dan berbesan sesama kita..kami tak risau jika kami hadapi masalah sekiranya berada dinegeri lain dimalaysia ini,,ada saja rakan yg akan tampil membantu,,yang penting hanya telefon sahaja..anak saya yang belajar dimelaka juga sya tidak risau keran sekiranya beliau menghadapi apa2 kesukaran UNcle Soh Chin Aun ada utk anak saya hubungi tapi kita suruh bagi RM50 Chin AUn bagi pulak RM100 hehe...hubungan bekas bekas pemain ini sgt kuat dan ramai semalaysia. Penglibatan mereka yang hebat dalam menguatkan pasukan negeri kini semakin ramai,,ramai pemain kini dibayar gaji yang lumayan.. Boleh dikatakan kalau pemain bolasepak sekarang nak masuk meminang jgn risaulah,,hehe.. Tetapi ada sesetengah pihak itu penglibatan mereka dalam kancha bolasepak liga kita ini dah jadi lain pulak,,mereka ingin menunjukkan mereka ini hebat, mereka ini lebih professional kononnya,,menunjuk kemewahan pasukan beraksi bongkak dengan gelagat yg pantas mengkritik dan berlagak sombong. Sehinggakan penyokong mereka juga berlagak seperti bossnya,,mengkeji, mencaci dan menghina pemain dan penyokong pihak lawan,,apatah lagi pegawai2 yang baru terlibat dalam pengurusan pasukan,,betul mereka berpelajaran tinggi, mereka hebat bercakap, dan bergaji besar. Berlagak bongkak dan sombong dalam bolasepak adalah satu kesilapan besar..saya difahamkan pegawai2 dari pasukan lain tidak mahu memjawab panggilan telefon dari mereka yang disebutkan tadi,,bantuan tidak mahu diberikan,bila mereka memerlukan bantuan ketika berada di tempat lawan.,mereka biarkan saja,,kini siapa yang susah..BOLASEPAK ADALAH UNTUK MENCIPTA PERSAHABATAN,,IANYA SUKAN UNTUK KAWAN KAWAN. YANG BONGKAK DAN EGO SILALAH FAHAM..Penonton2 pula jgnlah terikut ikut dgn sifat tersebut ,,nanti bila anda ketempat lawan siapa yang susah,,orang dulu dulu ada berkata,,orang memberi kami merasa, orang berbudi kami berbahasa..jadi terapkan amalan ini. INGAT! bolasepak adalah sukan untuk mencari dan menambah persahabatan,,,saya ada berpesan pada salah seorang pegawai yang hebat ini,,BUAT KAWAN JANGAN BUAT LAWAN#copypaste.. #DARULNAIM
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 08:04:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015