KOTA KINABALU: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald - TopicsExpress



          

KOTA KINABALU: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee dipilih sebagai Naib Pengerusi Exco Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) untuk tempoh 2013/14 dalam Mesyuarat Exco dan persidangan tahunan persatuan itu di Johannesburg, Afrika Selatan yang berakhir semalam. Dalam pemilihan itu, beliau mengalahkan Presiden Dewan Perundangan Barat Australia, Barry House. Ronald merupakan exco CPA sejak tahun 2009 bagi mewakili Asia Tenggara. Mesyuarat exco dan persidangan tahunan CPA itu berlangsung sejak 28 Ogos lepas. Jawatan naib pengerusi CPA dipilih setiap tahun kalangan anggota exco pada hari terakhir persidangan tahunan berlangsung. Ronald, Ahli Parlimen Beluran menyifatkan pemilihan ini adalah bukti sumbangan ketara Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Malaysia terlibat secara aktif dalam CPA. Katanya pemilihan beliau untuk jawatan itu merupakan satu penghormatan untuk Malaysia dan menunjukkan pengiktirafan antarabangsa terhadap Parlimen Malaysia. “Saya akan memberikan komitmen dan memainkan peranan yang terbaik kepada CPA,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Ketika ini, Pengerusi CPA masih disandang oleh Sir Alan Haselhurst wakil dari Parlimen United Kingdom. Ronald berkata Malaysia dan Singapura mewakili Komanwel Asia Tenggara pada mesyuarat dan persidangan tersebut. Menurutnya penubuhan CPA bermatlamat untuk menggalakkan pengetahuan berperlembagaan, legislatif, ekonomi, aspek budaya dan sosial demokrasi berparlimen kalangan negara-negara komanwel. Persidangan CPA tahun depan akan diadakan di Cameroon.
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 23:17:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015