KOTA TINGGI - Sebanyak 40 daripada 674 premis makanan di daerah - TopicsExpress



          

KOTA TINGGI - Sebanyak 40 daripada 674 premis makanan di daerah ini telah diarah tutup setelah gagal memenuhi piawaian kebersihan bagi tempoh enam bulan tahun ini. Pengarah merangkap Pakar Perubatan Kesihatan Awam Daerah Kota Tinggi, Dr Nor Hamimah Abdullah berkata, kesemua gerai dan restoran yang terbabit diarah menghentikan operasinya serta-merta bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan. Menurutnya, tindakan tersebut dibuat mengikut Akta Makanan 1983 bagi memastikan pelanggan di premis berkenaan tidak terdedah terhadap risiko keracunan makanan. “Arahan penutupan tersebut berkuatkuasa selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. “Bagaimanapun premis-premis boleh dibuka lebih awal daripada tempoh itu jika berjaya melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengikut piawaian ditetapkan jabatan," katanya semasa operasi bersepadu bersama Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) di sekitar Bandar Kota Tinggi malam kelmarin. Tambahnya, tujuan operasi tersebut dilakukan adalah untuk memberi kesedaran kepada pengusaha kedai makan agar sentiasa mementingkan aspek kebersihan dalam menjalankan operasi harian mereka. Nor Hamimah berkata, hasil pemeriksaan juga turut mendapati sesetengah pengusaha premis makanan itu mengabaikan kebersihan diri selain tidak mendapatkan suntikan typhim. “Beberapa premis juga didapati gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan. Kita juga mendapati terdapatnya kehadiran rodensia (tikus) serta lipas berkeliaran dan ini amat berbahaya kepada pelanggan,” katanya. Operasi selama tiga jam bermula jam 8 hingga 11 malam itu turut dihadiri Yang DiPertua MDKT, Hasrin Kamal Hashim. sinarharian.my/gerai-ditutup-gagal-patuhi-piawaian-1.180398 p/s: Kota Tinggi elok rebranding macam team bola JDT. Buatlah sebijik mall macam Jusco Tebrau.
Posted on: Sat, 13 Jul 2013 10:01:00 +0000

Trending Topics



iv>

Recently Viewed Topics




© 2015