KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi, selari - TopicsExpress



          

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi, selari prestasi pasaran serantau selepas Wall Street meningkat ke paras tinggi baru semalaman, kata peniaga. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI ditutup 1.73 mata lebih tinggi pada 1,817.38, selepas bergerak antara 1,812.66 dan 1,818.89 di sepanjang hari. Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.705 bilion saham bernilai RM1.801 bilion berbanding 1.809 bilion saham bernilai RM1.892 bilion yang didagangkan semalam. Saham untung mengatasi saham rugi sebanyak 428 berbanding 370, manakala 363 kaunter tidak berubah. HwangDBS Vickers Research berkata saham utama Amerika Syarikat (AS) yang kebiasaannya menetapkan trend, meningkat antara 0.3 peratus dan 0.7 peratus pada penutup. Pasaran AS semakin meningkat berikutan keyakinan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan US akan mengekalkan dasar rangsangan monetari pada akhir mesyuaratnya lewat hari ini, selain momentum pendapatan korporat yang kukuh. Di pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 2.0 peratus kepada 23,304.02, Nikkei 225 Jepun meningkat 1.23 peratus kepada 14,502.35 dan Kospi Korea Selatan menambah 0.38 peratus kepada 2,059.58. Prestasi FBM KLCI dipacu oleh minat belian kukuh dalam suasana luaran yang positif, kata penganalisis teknikal RHB Research Institute Sdn Bhd, Mohammad Ashraf Abu Bakar kepada Bernama. Beliau berkata bursa tempatan akan kekal positif menjelang akhir minggu walaupun jumlah dagangan sedikit rendah berbanding semalam. Di papan skor, Indeks Kewangan meningkat 7.771 mata kepada 16,752.55, Indeks Perusahaan susut 4.6 mata kepada 3,146.41 manakala Indeks Perladangan menokok 61.42 mata kepada 8,610.75. Indeks FBM Emas menambah 17.159 mata kepada 12,631.89, FBMT100 meningkat 15.45 mata kepada 12,356.07, dan Indeks FBM70 menambah 33.21 mata kepada 14,333.99
Posted on: Wed, 30 Oct 2013 15:55:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015